Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : 1. meletakkan (membiar­kan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : 1 mengharapkan per­tolongan orang; meng­gantungkan nasib dsb pd: Dia ~ nasibnya kpd orang tuanya. 2 menjadikan sesuatu sbg sandaran (barang tanggungan hutang): Suaminya ~ cincin berliannya utk meminjam wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : 1 me­letak­kan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyandarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuanKetiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa04.05.2013
Apakah istilah yang biasa digunakan di Malaysia bagi "Council rates' di Australia atau 'Council Tax' di England?Belum ada lagi padanan bagi Council Rates/Council Tax dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pencukaian yang tersebut Concil Tax/Council Rates boleh diterjemahkan kepada Cukai Majlis kerana menyandarkan cukai tersebut kepada pihak yang mengenakan cukai, iaitu majlis tempatan/pihak berkuasa tempatan.Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015

Kembali ke atas