Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : 1. meletakkan (membiar­kan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : 1 mengharapkan per­tolongan orang; meng­gantungkan nasib dsb pd: Dia ~ nasibnya kpd orang tuanya. 2 menjadikan sesuatu sbg sandaran (barang tanggungan hutang): Suaminya ~ cincin berliannya utk meminjam wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nyan.dar.kan] | مڽاندرکن

Definisi : 1 me­letak­kan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyandarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leaningsandarSukanTiadaMenyandarkan badan kepada pihak lawan.
stand tubingsandar tetiubKejuruteraanTiadaMenyandarkan tetiub pada derik sebaik sahaja tetiub dikeluarkan dari telaga.
الاسنادisnādAgama IslamHadith1. Menyandarkan Ḥadīth kepada perawinya bersanad. 2. Isnad juga bererti sanad.
headrestpenyandar kepalaKesenianTiadaBahagian pada kerusi untuk menyandarkan kepala.
wall bracketsangkut dindingSosiologiTiadaTempat meletakkan atau menyandarkan peralatan ke dinding seperti pencuci vakum tanpa wayar.
jemur sandarjemur sandarKesenianTiadaTeknik pengeringan rotan dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
headrestpenyandar kepalaPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian pada kerusi untuk menyandarkan kepala.
intrinsic coordinatekoordinat hakikiMekanikGunaanPerihalan bagi kedudukan jasad yang dibuat dengan menyandarkan kedudukan pada laluan jasad itu. Koordinat ini digunakan hanya apabila sifat-sifat geometri diketahui. Lihat juga koordinat ekstrinsik.
racking armtangan rakKejuruteraanTiadaAlat berbentuk tangan yang digunakan untuk memegang dan menyandarkan batang gerudi yang ditarik keluar dari telaga.
end rackingkeringan silang hujungPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPengeringan udara kayu dengan menyandarkan bahagian sisi hujung papan berkenaan pada suatu penyangga dan membentuk susunan berbentuk huruf �X� atau huruf �V� terbalik. Cara ini mempercepat pengeringan permukaan kayu.
12

Kembali ke atas