Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.ga] | مڽڠݢ

Definisi : menopang (menahan) dr bawah, menyokong: tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yg berat dan kejal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.ga] | مڽڠݢ

Definisi : menopang atau menahan dgn sesuatu dr bawah; menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangga2 (kata nama,)
Bahasa Asal :Kelantan
Bersinonim dengan balasan hantaran;
Kata Terbitan : menyangga, penyangga, menyangga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengetahui adakah tetupai itu sejenis alat ? Terima kasih.Tetupai ialah keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dll untuk menyangga sesuatu.Makna14.04.2008
saya farah hani binti mohd azizuddin.saya ingin bertanyakan bahawa apakah maksud kekisi,kekuda,tetupai,dan sesiku? saya harap pihak tuan/puan akan beri jawapan dengan secepat mungkin.Kekisi bermaksud batang-batang daripada kayu atau logam (besi dan lain-lain) yang dipasang berdiri pada tingkap dan lain-lain,  atau jeruji. Kekuda bermaksud kayu penyangga tulang bumbung rumah atau kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain. Tetupai bermaksud keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dan lain-lain untuk menyangga sesuatu. Sesiku bermaksud sejenis alat berbentuk `L' atau `T' (untuk melukis atau mengukur sesuatu sudut tepat); atau sejenis alat segi tiga daripada kayu dan lain-lain (dan bersudut 90°, 60°, dan 30° atau 90°, 45°, dan 45°).Makna27.06.2009
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
apakah beza mendokong dan menyokongUntuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji.

Kata mendukung pula bermaksud:
1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 
2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan.
3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan.
4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 
5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 
6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb.

Kata menyokong bermaksud:
1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb.
2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu.
3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll).

Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala  menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas