Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.ka] | مڽڠک

Definisi : 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.ka] | مڽڠک

Definisi : 1 membuat sesuatu ke­­putusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyangka

Peribahasa

Jangan bijak terpijak,
     biarlah bodoh bersuluh.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DERIA

Deria ialah cara haiwan bersel banyak

memberitahu apa yang berlaku dalam

persekitarannya. Ramai orang menyangka

bahawa manusia hanya mempunyai lima deria

— pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan

sentuhan. Tetapi terdapat  jenis deria lain

yang memberi maklumat tentang kedudukan dan

pergerakan tubuh dan tentang keperluannya. Deria

ini termasuk keseimbangan, rasa lapar, kesakitan,

dan rasa dahaga.

UMUM 
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 
ATOMISME

Atomisme ialah pandangan falsafah yang

berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M.

Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah

atom – zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan,

tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam

ruang. Mereka menyangka bahawa atom

mempunyai pergerakan asal, tetapi juga

berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini,

dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama,

dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek

fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari

segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya.

UMUM 
NOTORNIS

Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir

yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung

ini juga dikenali sebagai takahe. Ia kini pupus di

Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau

Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa

spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga

tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains

menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada

tahun 1948.

UMUM 
TIRANNOSAURUS

Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah

dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup

kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat

yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama

Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna

cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam,

berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya

kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar

demikian tentunya menguasai semua haiwan lain,

membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik

bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex .

UMUM 
PAPIRUS

Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya

digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan

tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk

membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu

kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung

bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai

orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa

menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada

papirus.

UMUM 
NOVA

Nova merupakan letupan yang menyebabkan

sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga

mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan

matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah

itu selama sebulan atau lebih lama sebelum

beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang

asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan

debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud baru.

Manusia pernah tersalah tanggap kerana

menyangka nova sebagai bintang baru.

UMUM 

Kembali ke atas