Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.ka] | مڽڠک

Definisi : 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.ka] | مڽڠک

Definisi : 1 membuat sesuatu ke­­putusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyangka

Peribahasa

Jangan bijak terpijak,
     biarlah bodoh bersuluh.

Bermaksud :

Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
room-and-pillarbilik dan tiangGeologiTiadaBerhubung dengan sistem perlombongan yang bijihnya dilombong di dalam ruang-ruang yang dipisahkan oleh tiang-tiang daripada batuan tak terganggu yang ditinggalkan untuk menyangka bumbung.
trisomytrisomiSains ForensikTiadaKetaknormalan genetik pada individu yang mempunyai tiga salinan kromosom berbanding dua salinan yang lazim pada suatu kromosom. Contohnya, individu XXY. Dalam elektroferogram, puncak bagi Y akan menjadi lebih besar berbanding puncak X dalam nisbah 2:1 dan keadaan ini boleh mengelirukan penaksiran data DNA forensik yang menyangka bahawa sumber DNA ini adalah satu campuran daripada individu yang berbeza. Semakan terhadap lokus heterogizot lain yang menunjukkan puncak dengan nisbah 1:1 adalah pengesahan bahawa profil ini tidak bercampur dengan DNA lain.
mistake of factkesilapan faktaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah.

Kembali ke atas