Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.kut] | مڽڠکوت

Definisi : 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.kut] | مڽڠکوت

Definisi : 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010
ayat dan frasa yang mana satu betul dan saya mohon penjelasan bagi setiap jawapan. 1a) Kim Ho menyangkutkan pakaian di dalam bilik b) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik 2 a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan 3 a)Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina 4 a)sayur sayuran b) sayur-sayuran1a) Kim Ho menyangkut pakaian di dalam bilik - kata kerja transitif aktif yang tidak membawa maksud menyebabkan dan manfaat seperti dalam apitan meN...kan.
2a) Hobi Adam ialah memelihara ikan hiasan b) Hobi Adam memelihara ikan hiasan.  Kedua-dua ayat betul, kata pemeri ialah boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.
3a) Tahun Baru Cina b) Tahun Baharu Cina - kedua-duanya diterima namun yang gramatis ialah Tahun Baharu Cina
4b) sayur-sayuran - kata ganda
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahsa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa20.02.2013
Saya ingin tahu tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' serta isu-isu semasa yg menyangkut penggunaan kedua-duanya. Saya juga ingin tahu jika DBP ada menerbitkan kamus Melayu beserta transkripsinya sekali. Jika ada di mana boleh saya mendapatkannya. Salam.Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. DBP menerbitkan buku-buku termasuklah kamus dalam bentuk manuskrip bersih dan saudara boleh mendapatkannya di kedai buku DBP atau kedai-kedai buku yang berhampiran.Tatabahasa06.04.2010
Apa maksud memaut?Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna08.09.2008

Kembali ke atas