Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.kut] | مڽڠکوت

Definisi : 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.kut] | مڽڠکوت

Definisi : 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
panga Tbkayu yang bercabang dua yg digunakan sebagai tempat menyangkut pengayuh.Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pemalung Bj, Slbahagian belakang lepa.Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai ‘panga’, manakala bahagian belakang dipanggil ‘pemalung’.www.berita Harian .com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas