Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pa] | مڽاڤ

Definisi : mengajak bercakap-cakap, me­negur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapa

Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera, apakah ayat ini betul? "Ketika aku hendak menuruni tangga, aku dikejutkan dengan tangan yang menyapa bahuku." Terima kasih.Tangan tidak menyapa, sebaliknya menyentuh. Jadi perlu ditukar kepada "...aku dikejutkan dengan tangan yang menyentuh bahuku".Tatabahasa04.05.2013
Adakah kata sapaan “cik puan” sesuai untuk menyapa petugas wanita di kaunter hotel?Kata sapaan yang lebih tepat dalam kontes ini ialah puan.Istilah29.12.2009
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal istilah ''hello'' iaitu istilah yang digunakan untuk menyapa, menegur atau menarik perhatian seseorang. Saya penat mencari istilah ''helo'' yang sesuai untuk bahasa Melayu dalam kamus-kamus, buku-buku dan sebagainya. Tapi hasilnya menghampakan dan mengecewakan. Saya tak jumpa istilah ''helo'' untuk bahasa Melayu. Tapi dalam kamus Melayu lama ada iaitu ''Amboi!'' tapi istilah itu jarang dipakai untuk menegur sebaliknya digunakan untuk menyatakan rasa hairan, kasihan, kagum dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya rasa malu dengan bahasa Melayu kerana istilah ''helo'' juga dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ''hello''. Padahal. boleh saja jikalau diperkayakan, diciptakan dan disesuai dengan istilah tempatan. Oleh kerana ucapan ''salam'' atau ''assalamualaikum'' sering digunakan. Jadi, apa salahkan digunakan ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dalam bahasa Inggeris sebab ''salam'' bermaksud ''sejahtera''. Jikalau para pakar DBP dan pakar bahasa Melayu menyesuaikan dan menggunakan istilah ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dan ''Hi!'' dalam bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan segala cadangan saya untuk kemajuan, perkembangan dan keaslian bahasa Ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Semoga bahasa Melayu terus dimartabatkan dan dikekalkan keasliannya seperti apa yang diimpikan oleh pendeta Za'ba dan kita semua sebagai bangsa Melayu. Insya Allah, amin.Kami ambil maklum pandangan tuan dan mengucapkan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Satu lagi yang perlu kita fahami ialah praktikal penyusunan kamus. Kamus umum merakamkan penggunaan kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata "helo" apabila memulakan perbualan dalam telefon amat banyak digunakan, bukti yang jelas dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "helo" dalam filem-filem lama era Tan Sri P. Ramlee. Berkemungkinan jika pada suatu masa dahulu, masyarakat penutur jati menggunakan perkataan "sejahtera" atau "salam", maka perkataan itulah yang akan diambil dalam penyususnan kamus. Walau bagaimanapun cadangan tuan ini akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk perhatian pihak mereka.Istilah06.11.2015
Ucapan alu-aluan untuk pegawai-pegawai kerajaanYang Berbahagia (Singkatan YBhg.) Yang Berhormat (YB) Sapaan Yang Berusaha digunakan apabila menyapa orang yang menganjur atau mengadalikan majlis atau pegawai kanan kerajaan yang belum menerima anugerah/bintang kebesaran. Dan pegawai kanan/tinggi kerajaan yang lebih tinggi lagi pangkatnya tetapi belum menerima anugerah/bintang kebesaran disapa sebagai Yang Amat Berusaha; dan Yang Dihormati : Boleh digunakan dalam sapaan kepada yang lebih tua, lebih mulia dan sebagainya.Istilah01.10.2013
apakah gelaran bagi doktor? Adakah Yang Berusaha (Y.Brs.)?Sapaan yang betul untuk Doktor ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana/kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Tatabahasa20.07.2010
saya ingin bertanya penggunaan panggilan hormat bagi 'dr'. samada "yang berusaha" atau "yang berbahagia"Sapaan yang betul untuk doktor (Dr.) ialah tuan, kecuali yang mendapat gelaran istana atau kerajaan. Yang Berusaha lazimnya digunakan untuk menyapa seseorang yang merupakan individu terpenting dalam menjayakan sesuatu program. Yang Berbahagia digunakan untuk individu yang mempunyai gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan wakil rakyat.Lain-lain13.08.2012
Saya ingin mengetahui sapaan yang tepat untuk individu yang bernama tuan. Contohnya Tuan Ahmad Tuan Ngah. Apakah gelaran yang sesuai? Encik Tuan Ahmad? Bagaimana pula jika individu tersebut seorang perempuan, cth: Tuan Maznah..apakah betul kita menyapa Puan Tuan Maznah?Sapaan yang betul ialah tuan/puan seperti Encik Tuan Ahmad bin Tuan Ngah dan Puan Tuan Maznah binti Tuan Ngah.Tatabahasa09.10.2012
maksud kata ganti diri dan bahasa sapaanKata Ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang (nama am) .Terbahagi kepada tiga iaitu pertama ,kedua, ketiga cthnya saya, awak dan mereka. Sapaan pula untuk menyapa seseorang. Biasanya digunakan berdasarkan status seseorang seperti tuan, puan, YB dll.Tatabahasa05.09.2007
Pada suatu hari, ketika saya hendak mengambil air panas di kafe saya terserempak dengan seseorang yang saya amat berharap untuk berjumpa sebelum ini iaitu Ustaz Salahuddin. Saya agak terkejut kerana tidak menyangka akan berjumpa dengan beliau. Sempat saya menyapa beliau. Alhamdulillah ustaz masih ingat kepada saya. merujuk ayat-ayat di atas, adakah ustaz dieja sebagai huruf kecil atau besar? sebab ia merujuk kepada ustaz yang dinamakan dalam ayat di atas. Mohon penjelasan.Ustaz Salehuddin ialah kata nama khas dan ustaz ialah kata nama. Apabila dalam satu wacana hanya perkataan ustaz digunakan untuk merujuk Ustaz Salehuddin, hendaklah dieja dengan huruf kecil. Ejaan05.07.2022
BOLEHKAN SAYA MENDAPAT TAHU PANGGILAN UNTUK SESEORANG YANG MEMPUNYAI NAMA SYED ? JIKA SESEORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI NAMA SYED ADALAH ENCIK, MAKA ADAKAH SYED PERLU MELETAKKAN PANGGILAN TUAN DI HADAPAN DI DALAM SURAT MENYURAT RASMI ?

Pengirim surat hendaklah menyapa orang yang mempunyai gelaran syed dengan sapaan tuan dalam kandungan surat manakala sapaan encik pula perlu digunakan pada bahagian nama dan alamat penerima surat tersebut. Terima kasih.   

Tatabahasa09.01.2009
12

Kembali ke atas