Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ra] | مڽارا

Definisi : menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ra] | مڽارا

Definisi : menanggung sara hidup; memberi sara kpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menyara keluarga , menyara hidup keluarga dan menyara kehidupan keluarga,mana yang betul?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyara bermaksud menanggung sara hidup, memberi sara kepada. Oleh itu, ayat yang lebih tepat ialah menyara keluarga. Perkataan 'hidup' atau 'kehidupan' tidak perlu kerana perkataan menyara sudah merangkumi maksud tersebut.

Tatabahasa18.01.2011
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Yang manakah betul. 1. Pak Seman berternak secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya. 2. Pak Seman menternak secara kecil-kecil untuk menyara kehidupan keluarganya.Perkataan berternak dan menternak, kedua-duanya betul, namun perlu diikuti objek bagi melengkapkan ayat tersebut, seperti "Pak Seman berternak/menternak ayam kampong secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya".Tatabahasa20.01.2014
Adakah penggunaan bahasa berikut betul? Tanggungjawab Ali untuk menyara kelaurganya terlalu amat berat. Suaranya sungguh merdu sekali? Nasi yang baru dikukus itu cukup panas sekali.Semua contoh yang diberikan tidak boleh digunakan. Jawapan yang betul ialah i) Tanggungjawab Ali untuk menyara keluarganya amat berat. ii) Suaranya sungguh merdu. Nasi yang baru dikukus itu panas sekali.Tatabahasa29.03.2007
i. Budak itu keras hendak pergi juga iiAiman bekerja keras untuk menyara keluarganya iii Murid mesti berpegang keras kepada peraturan iv.Pada musim sejuk, permukaan laut itu keras lalu membentuk lapisan air batu. Jawapan:....Sila kemukakan soalan kepada jawapan ini. Penggunaan perkataan "keras" dalam ayat ii, iii dan iv betul. Tatabahasa26.08.2015
Adakah penggunaan kata sendi nama dalam ayat berikut betul... Keluarga Aiman hanya bergantung kepada derma orang ramai untuk menyara hidupnya.Penggunaan kata sendi dalam ayat tersebut adalah betulTatabahasa23.07.2019
Salam sejahtera, Dalam ayat yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan imbuhan yang lebih sesuai membohong/berbohong? Bagaimana untuk membezakan penggunaan kedua-duanya? "Jika dia masih membohong/berbohong untuk menyara keluarganya, dia mungkin masih dapat mengekalkan pekerjaannya. Tetapi jika dia enggan membohong/berbohong, dia mungkin akan kehilangan pekerjaannya."

Maksud berbohong dan membohong ialah bercakap bohong, berdusta, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberi.

Tatabahasa22.05.2010
Saya keliru dengan penggunaan perkataan "binaan" dan "pembinaan" Berdasarkan ayat di bawah apakah perkataan yang sesuai diisi pada ruangan kosongan di bawah? Wak Suparman bekerja di tapak________ sebagai buruh kasar bagi menyara keluarganya di Indonesia. Mana satu penggunaan frasa yang betul pada ruang kosong di atas?tapak binaan atau tapak pembinaan?Binaan ialah bangunan yang dibina dan pembinaan ialah proses membina. Frasa yang betul ialah tapak pembinaan, iaitu kawasan yang sedang dalam proses membina.Tatabahasa15.08.2012
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak?Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis.Tatabahasa06.12.2009

Kembali ke atas