Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bilangcountMenyatakan kuantiti sesuatu dengan menggunakan nombor. Lihat ContohSekolah Rendah
bandingcompareMenyatakan persamaan atau perbezaan antara dua atau beberapa nilai, kuantiti dan objek. Lihat ContohSekolah Rendah
pembundaranround offPerbuatan menyatakan sesuatu nilai kepada nilai terdekat. Contohnya, 228 dibundarkan kepada puluh yang terdekat ialah 230 dan 23.3578 dibundarkan kepada 2 tempat perpuluhan ialah 23.36.Menengah Atas
nombornumberSimbol yang menyatakan bilangan, jumlah atau kuantiti dan boleh dihitung.Menengah Atas
indeksindexNombor yang menyatakan kuasa. Secara umumnya, an dengan n merupakan indeks bagi a.Menengah Atas
tangentangentFungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi bertentangan sudut terhadap panjang sisi sebelah sudut pada suatu segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, tan. Lihat ContohMenengah Rendah
sinussineFungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi bertentangan sudut terhadap hipotenus pada suatu segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, sin. Lihat ContohMenengah Rendah
persamaanequationPernyataan yang menyatakan kesamaan dua ungkapan. Contohnya, x + 2 = 3.Menengah Rendah
kosinuscosineFungsi yang menyatakan nisbah panjang sisi sebelah sesuatu sudut terhadap panjang hipotenus segi tiga bersudut tegak. Singkatannya, kos. Lihat ContohMenengah Rendah
indeksindexNombor yang menyatakan kuasa. Lihat ContohMenengah Rendah
123

Kembali ke atas