Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Ada kekeliruan ejaan. Kamus Dewan Ed. 4 menyatakan ejaan "insya Allah" ada tanda sempang, "insya-Allah". Tetapi, dalam rujukan Khidmat Nasihat, ada yg menyatakan ejaan yg betul "insyaAllah" dan ada yg menyatakan "insya-Allah". Rujukan prpm di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya-allah&d=10. Mohon pencerahan. T.k.Ejaan yang betul ialah insya-Allah. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Ejaan24.07.2013
BGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN PENGGUNAAN AYAT KOMPLEMEN DAN RELATIF YANG GRAMATIS.ADAKAH PENGGUNAAN KATA KERJA TRANSITIF 'MEMBERITAHU ' BOLEH DIIKUTI 'BAHAWA'?BAGAIMANA PULA AYAT...MENYATAKAN YANG DAN MENYATAKAN BAHAWA.TQ

Cara untuk membezakan penggunaan ayat komplemen dan ayat relatif adalah dengan merujuk penggunaan kata hubung yang digunakan dalam ayat tersebut. Ayat komplemen menggunakan kata hubung bahawa dan untuk, manakala ayatrelatif menggunakan kata hubung yang (penanda relatif). Kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek, bukan kata hubung (bahawa). Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam membina ayat, cuma kata hubung bahawa digunakan dalam membina ayat majmuk pancangan.

Tatabahasa09.09.2008
Saya maklum bahawa Tatabahasa Dewan menetapkan hanya 15 sahaja dikategorikan sebagai majmuk mantap. Namun, ada buku-buku ilmiah malah para pendidik menyatakan ia lebih daripada itu iaitu sebilangannya menyatakan ada 33; ada juga menyatakan ada 41. Selain yang 15 itu misalnya ialah bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. Soalan saya kenapa perkataan ini bukan tergolong dalam majmuk mantap dan apakah kategori perkataan ini? Soalan kedua, antara Kamus Dewan Bahasa & Tatabahasa Dewan, yang mana lebih betul apabila berlaku percanggahan. Misalnya dalam soal kata baru dan baharu. Kamus menyamakan maksud baharu sebagai baru tetapi Tatabahasa Dewan membezakannya. Untuk makluman, saya merupakan pencita bahasa dan kerap berkongsi ilmu bahasa kepada umum. Antaranya dalam aplikasi Twitter menggunakan tanda pagar #PerkasaBMKita. Sumbangan saya ini diharap membantu sedikit sebanyak dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu yang betul. Terima kasih.

1.  Berdasarkan rujukan daripada buku Tatabahasa Dewan, kata majmuk ialah gabungan dua patah perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang berbeza dan menjadi satu makna lain atau makna baharu apabila perkataan tersebut digabungkan. Konsep kata majmuk juga harus mendukung maksud umum, contohnya: kerusi malas, maksud khusus, cthnya: pita suara dan maksud kiasan, cthnya: kaki ayam.  Perkataan seperti bendahari, sukacita, kadangkala, apabila, peribadi dll. itu tidak dikategorikan sebagai perkataan majmuk mantap kerana perkataan-perkataan ini tidak mendukung konsep kata majmuk dan perkataan-perkataan ini bukan kata majmuk. Jika mengikut kategori, terdapat dua kategori dalam tatabahasa Melayu, iaitu golongan kata dan bentuk kata. Golongan kata terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas, manakala bentuk kata pula, terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, kata majmuk. Contohnya maksud perkataan “apabila” tidak mendukung maksud ketiga-tiga konsep kata majmuk tersebut kerana perkataan ”apa” , “bila”, dan “apabila” ialah kata tunggal jika kita melihatnya dari segi bentuk kata, dan  kata tugas jika kita melihatnya dari segi golongan kata, Perkataan “sukacita” pula ialah kata adjektif, “kadangkala” ialah kata kata tugas, “peribadi” ialah kata nama.

2. Untuk maklumat yang lebih tepat dari segi tatabahasa, tuan/puan disarankan untuk merujuk Tatabahasa Dewan kerana kamus umum hanya merakamkan pelbagai bentuk kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat.

Tatabahasa25.06.2018
Untuk menyatakan (disclaimer) bahawa sesuatu aplikasi / sistem hanya boleh digunakan oleh peranti yang mempunyai kad SIM, blehkah ayat ini digunakan? "Hanya untuk peranti yang berkad SIM" Jika tidak, apakah ayat yang sesuai untuk membuat penyataan itu ? Terima kasihYa, ayat tersebut boleh digunakan.Lain-lain07.11.2014
DBP menyatakan air sebagai diftong, dan cair sebagai vokal berganding, bolehkah jelas lebih lanjut mengapa sebegini? Terima kasih.Setelah berbincang dengan pakar bahasa, air dan cair merupakan vokal berganding. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa22.01.2013
Jika untuk menyatakan orang yang berpura-pura, bolehkan diletakkan awalan pe- pada pura-pura? Adakah akan menjadi pemura-mura atau pemura-pura?Memadai sekiranya mengambil perkataan "pura" sebagai asas pembentukan kata terbitan. Walau bagaimanapun, belum terdapat istilah rasmi yang dikeluarkan untuk mengambarkan perkataan individu yang berpura-pura.Lain-lain19.01.2019
Pelajar itu menyatakan bahawa dia sakit. Adakah ayat ini gramatis?Ayat ini betul dan gramatis.Lain-lain28.10.2018
bolehkan tuan menyatakan "berkelah di pantai atau berkelah di tepi pantai", yang mana betul? pantai atau tepi pantai. terima kasih.Kedua-duanya betul dan perlu disesuaikan penggunaannya mengikut konteks ayat. Pantai merujuk tepi laut dan lazimnya orang awam berkelah di pantai. Walau bagaimanapun, istilah tepi pantai juga betul jika merujuk perkelahan di tepi pantai.Tatabahasa30.07.2015
Cikgu saya menyatakan bahawa unsur mujarad ialah unsur konkrit. Tetapi saya telah mencari maksud mujarad dan akhirnya mendapat maksud unsur abstrak. Apakah pandangan DBP?Dalam bidang pendidikan, mujarad ialah padanan abstract dalam bahasa Melayu dan mujarad juga disebut abstrak. Kami menerima pendefinisian tersebut kerana mujarad ialah perkataan Arab yang bermaksud tidak nampak atau tidak dapat dirasa dan juga bermaksud abstrak.Makna25.05.2014
assalamualaikum .. boleh menyatakan ciri-ciri penulisan surat berkesan dari segi penjelasan dan ketelitian .. tolong jelaskanCiri-ciri penulisan surat yang berkesan ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai.Yang paling utama, hendaklah menggunakan format surat yang tepat iaitu surat rasmi ataupun surat tak rasmi. Saudara, boleh merujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat lanjut.Lain-lain18.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas