Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ta.kan] | مڽاتاکن

Definisi : 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Kalau seperti kundur labu,
     boleh dibelah.

Bermaksud :

Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengeluarkan kunci hati.Menyatakan pendirian yang tak dapat diubah lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah.Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara. kundur = labu besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman.Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengadu air dengan garam.Suami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya. mengadu = mencampur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas