Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. adakah tidak boleh berhimpun tiga imbuhan dalam satu perkataan? contoh: memperbanyakkan, apakah contoh yang tepat? 2. Boleh tak bagi sedikit penerangan berkenaan penggunaan imbuhanKata terbitan yang betul ialah memperbanyak. Kata adjektif seperti banyak tidak menerima apitan memper_kan. Contoh perkataan yang menerima apitan memper_kan ialah mempersatukan dan memperbadankan. Untuk makluman apitan memper_kan tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana kata terbitan yang terhasil membawa maksud yang sama/hampir sama dengan apitan me_kan, seperti mempersatukan dan menyatukanTatabahasa05.03.2020
1) Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat terpenting dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, "membina" jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. 2)Bahasa Melayu telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya sebagai wahana untuk "membina" kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju. 3)Dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan "membinanya" sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa persekolahan dan bahasa budaya tinggi yang mampu mendukung pengucapan struktur pemikiran moden dan canggih, selain sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. adakah membina merupakan kata kerja transitif aktif dalam ketiga-tiga ayat di atas?Perkataan membina dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
As salam.. Saya nak tanya tajuk mana yang lebih sesuai dan tiada unsur kesalahan BM. 1. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik melalui Makanan Masyarakat India 2. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Makanan Masyarakat India 3. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Kepelbagaian Makanan Etnik India 4. Makanan Masyarakat India Menjadi Pencetus Keeratan Hubungan Etnik. Jika tuan/puan mempunyai idea yang lain, saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih.Cadangan kami, "Makanan India mengeratkan hubungan etnik" atau "Makanan India menyatukan etnik".Tatabahasa12.04.2013
Salam. boleh berikan perbezaan bentuk dan makna antara satu, suatu, dan sesuatu.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, satu bermaksud 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa:  2. (bahasa percakapan) ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik 3. bersebati (menjadi satu) 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sebagai suami isteri) 6. (bahasa halus) melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan . Suatu bermaksud 1. hanya satu, satu 2. (sastera lama) tiap-tiap satu 3. (sastera lama) pertama-tama, yang pertama. Sesuatu bermaksud perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna06.07.2014
apakah perbezaan insiantif dan inisiantifTiada kata inisiantif dan insiantif terakam dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata yang terakam ialah inisiatif dengan makna seperti yang berikut:

inisiatif kata nama
1 daya usaha, tindakan dan lain-lain yang mula-mula diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah, menangani sesuatu projek dan sebagainya:
PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dalam usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan.

2
 kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha untuk menjayakannya:
Inisiatif menggunakan emas dalam penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 829 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Selamat sejahtera tuan/puan. Saya M.Rathanamalah dari Ayer Tawar, Perak. Saya ingin mengetahui bagaimana bahasa Melayu boleh menyatupadukan rakyat di negara kita yang berbilang kaum ini.. Saya harapkan beberapa cadangan daripada tuan/puan. Terima kasih.

Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk bahan ini: 1. Bahasa alat perpaduan oleh Jemat Anis (Dewan Masyarakat 01/06/1996). 2. Bahasa Melayu Jambatan Perpaduan oleh F. P. Chew (Dewan Bahasa 01/01/2004). 3. Isu bahasa dan perpaduan oleh Kamarulnizam Abdullah (Massa 24/08/2002) . 4. Bahasa: satu cara mengukur perpaduan kebangsaan oleh Khemlani-David, Maya. (Jurnal Dewan Bahasa 01/10/1992) . 5. Bahasa Melayu, pendidikan dan perpaduan kebangsaan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid (Dewan Bahasa 01/10/2002). 6. Bahasa Perpaduan melalui media penyiaran oleh Lim Swee Tin (Dewan Bahasa 01/05/2007).

Lain-lain08.08.2009
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih!

Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’  ialah rerumah  ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas.1">

Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. 1">

Istilah22.12.2014

Kembali ke atas