Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEORI BESAR DISATUKAN

Teori besar disatukan , juga dikenali sebagai

GUT’s (Grand Unified Theories), cuba untuk

menyatukan tiga daripada empat daya asas yang

dianggap menguasai alam semesta. Ketiga-tiga

daya ini, daripada yang terlemah hingga kepada

yang terkuat, adalah (1) daya nuklear lemah,

(2) keelektromagnetan, dan (3) daya nuklear kuat.

Daya nuklear lemah bertanggungjawab terhadap

pereputan radioaktif banyak jenis nukleus atom.

Keelektromagnetan ialah daya yang mengikat

elektron kepada nukleus. Daya nuklear kuat

mengikat nukleus bersama-sama. Kegravitian, iaitu

daya asas keempat, tidak termasuk dalam GUT’s.

Kesan graviti terhadap satu atom atau nukleus

adalah terlalu lemah hinggakan ahli sains tidak

berupaya mengesannya.

UMUM 
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA

GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British1">   untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MALAYAN UNION

MALAYAN UNION, kesatuan negeri-negeri Melayu berserta Melaka dan Pulau Pinang yang dibentuk kerajaan British pada 1 April 1945. Sebuah sistem pentadbiran dan perlembagaan baharu diperkenalkan menggantikan sistem pentadbiran sebelum perang. Idea menyatukan negeri-negeri Melayu telah lama dikemukakan, tetapi tidak dapat dilaksanakan pada masa lalu kerana tidak mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BERITA MALAIBERITA MALAI,  akhbar harian bertulisan Rumi yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Akhbar ini ditertibkan di Singapura (Syonan-To) pada 1 Januari 1943 oleh Malal Shimbun Sha (Syarikat Persuratkhabaran Melayu).  Penerbitannya adalah sebagai satu usaha untuk menyatukan beberapa buah akhbar yang masih erbit pada masa itu, seperti Utusan Melayu  dan Warta Malaya supaya menjadi sebuah akhbar yang diletakkan di bawah pengawasan pihak Jepun.  SASTERAKitab
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939.  Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing.  Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK

1.0pt 0cm" class=MsoNormal>PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966.  Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak.  Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak.  Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam.  Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN

PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN, pertubuhan yang berusaha mengembangkan kegiatan seni khat Islam di Malaysia.  Persatuan ini juga dikenal sebagai PSKK.  Persatuan ini didaftarkan secara rasmi pada 25 Oktober 1989.  sebelum penubuhannya, sebuah jawatankuasa sementara ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Petaling pada 18 Ogos 1985 bagi merangka perlembagaannya.  Jawatankuasa ini dianggotai oleh Mohammed Yusof Abu Bakar sebagai pengerusi, Syed Mahdar Shahab sebagai naib pengerusi, Haji Idris Salam sebagai setiausaha, Mahmood Haji Awang sebagai naib setiausaha dan Haji Bachok Haji Sayuti sebagai bendahari.  Ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada Ismail Haji Ishak, Wan Mohd, Yusof Wan Ali, Mohamed Nawai Yacob, Margilan HARP, Mohammad Abd.Ghani, Hussin Sulong, Zalika Khuzaimah Ngah dan Azmah Denan.

1">            PSKK ditubuhkan dengan tujuan antaranya untuk mengumpul dan menyatukan para penulis dan peminat

BUDAYAPersatuan

Kembali ke atas