Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyé.bar.kan] | مڽيبارکن

Definisi : menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyé.bar.kan] | مڽيبارکن

Definisi : 1 menaburkan sesuatu supaya berserak-serak; menyerakkan: ~ benih. 2 mengem­­bangkan sesuatu agama dll; menyiarkan: Mereka sanggup berkorban apa saja utk ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NYAMUK

Nyamuk ialah serangga yang menyebarkan

sesetengah penyakit yang paling teruk kepada

manusia dan haiwan. Jenis nyamuk tertentu

membawa kuman yang menyebabkan penyakit

serius seperti ensefalitis, malaria, filariasis, dan

demam kuning. Apabila nyamuk “menggigit”, ia

mungkin meninggalkan kuman. Banyak jenis

nyamuk tidak menyebarkan penyakit, tetapi ia

mempunyai “gigitan” yang menyakitkan. Banyak

daripada nyamuk yang dikaitkan dengan penyakit

hidup di kawasan yang panas, lembap dekat

khatulistiwa. Tetapi nyamuk terdapat di semua

bahagian di dunia, malah di Artik.

UMUM 
SPEKTROMETER

Spektrometer ialah alat yang menyebarkan

cahaya menjadi spektrum dan mempamerkannya

untuk dikaji. Atom atau molekul semua bahan

mengeluarkan cahaya apabila dipanaskan ke suhu

tinggi. Pola cahaya yang dikeluarkan berbeza bagi

setiap bahan. Oleh itu, pakar boleh mengenal pasti

sesuatu bahan atau menentukan komposisi

kimianya dengan menganalisis spektrumnya.

UMUM 
KRISTIANISASI

Kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut

Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam

kalangan masyarakat seluruh dunia. Pelbagai kaedah

dan strategi yang teratur digunakan sehingga

agama Kristian dapat diterima ramai.

UMUM 
KASUT SALJI

Kasut salji ialah alat yang membolehkan

seseorang berjalan di atas salji tebal tanpa

tenggelam. Ini dapat dilakukan kerana kasut salji

menyebarkan berat seseorang itu meliputi

kawasan yang lebih luas.

UMUM 
SHEEN, FULTON JOHN

Sheen, Fulton John (1895–1979),

salah seorang jurucakap terkenal bagi ajaran Gereja Roman

Katolik di dunia. Rencana serta bukunya yang

melebihi 50 buah, telah membantu menyebarkan

doktrin Katolik kepada berjuta-juta orang di serata

dunia.

UMUM 
NATIONAL GEOGRAPHIC SOCIETY

National Geographic Society ialah organisasi

saintifik dan pendidikan yang bukan membuat

untung yang terbesar di dunia. Ia ditubuhkan pada

tahun 1888 di Amerika Syarikat untuk mengumpul

dan menyebarkan pengetahuan geografi ke

seluruh dunia. Persatuan ini mempunyai lebih

daripada 10 juta ahli di sekitar 185 buah negara. Ia

juga telah menaja dan menyokong lebih daripada

4000 ekspedisi dan projek penyelidikan.

UMUM 
TIFOID MARY

Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon

(1868?–1938), pembawa pertama demam tifoid yang

dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari

penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang

pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid

kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih

kurang 53 orang dengan demam tifoid antara

tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang

daripadanya mati akibat penyakit itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan

awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan

berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk

bekerja sebagai tukang masak. George Soper,

seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya

dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang

berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan

berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang

masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia

tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun

hingga ke akhir hayatnya.

UMUM 
MULBERI

Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus

dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau

ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap

satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji

satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang

memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah

jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan

mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik

dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain.

Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan

tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh

angin.

UMUM 
TASS

TASS ialah agensi berita yang penting di Kesatuan

Soviet dari tahun 1925 hingga negara itu berpecah

pada tahun 1991. TASS adalah salah satu daripada

perkhidmatan berita yang terbesar di dunia. Agensi

yang beribu pejabat di Moscow ini mengumpul dan

menyebarkan berita di seluruh Rusia dan dunia.

TASS ialah singkatan bahasa Rusia untuk Agensi

Telegraf Kesatuan Soviet. Agensi ini mempunyai

beribu-ribu orang wartawan, editor dan jurufoto di

lebih daripada 100 buah negara. Ia menyediakan

laporan dalam enam bahasa – Arab, Inggeris,

Perancis, Jerman, Rusia dan Sepanyol. Negara-negara

lain bergantung kepada TASS untuk berita dari

Kesatuan Soviet, walaupun kerajaan mengawal ketat

liputannya.

UMUM 
KUTU

Kutu ialah serangga kecil tanpa sayap yang hidup

pada burung dan mamalia, termasuk manusia. Kutu

ialah parasit yang mendapat makanan daripada

haiwan tempat ia tinggal. Haiwan ini dikenali

sebagai perumah. Kutu menyebabkan rasa gatal

yang teruk dan boleh menyebarkan penyakit.

UMUM 
123

Kembali ke atas