Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyé.bar.kan] | مڽيبارکن

Definisi : menabur (benih dll), meng-hamburkan, menyerakkan: cara pokok ~ buah berserta bijinya berlain-lain; mereka berani mengorbankan apa saja utk ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyé.bar.kan] | مڽيبارکن

Definisi : 1 menaburkan sesuatu supaya berserak-serak; menyerakkan: ~ benih. 2 mengem­­bangkan sesuatu agama dll; menyiarkan: Mereka sanggup berkorban apa saja utk ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fleapinjalPerubatanTiadaSerangga penghisap darah daripada order Siphonaptera. Pinjal manusia Pulex irritans tidak menyebarkan penyakit, tetapi pinjal tikus Xenopsylla cheopis menyebarkan penyakit plag.
aerosolaerosolPerubatanTiadaSistem koloid yang bermediumkan gas. Sistem ini dapat menghasilkan zarah-zarah halus yang menyebarkan disinfektan untuk pensterilan udara, atau menyebarkan ubat ke dalam peparu.
leafletlembar maklumatKomunikasiKorporatHelaian kertas atau buku kecil yang diterbitkan untuk menyebarkan maklumat sama ada dalam bentuk berita atau pendapat yang mewakili sesuatu organisasi atau individu. Selain itu, lembar maklumat berfungsi untuk menyebarkan maklumat pada skala besar dengan kos penerbitan yang rendah. Lembar maklumat biasanya diterbitkan dalam saiz kecil atau saiz lain dalam jumlah lembar yang terhad. Kadangkala lembar diterbitkan dengan menggunakan satu helaian sahaja. Mutu kertas dan reka bentuk persembahan penulisan dan visualnya bergantung pada kemampuan agensi yang menerbitkan, kepentingan mesej, dan jenis khalayak yang hendak dicapai. Pertimbangan membuat keputusan penerbitan lembar maklumat perlu dibuat oleh bahagian komunikasi korporat dalam sesebuah organisasi. Sinonim risalah.
thermal diffusivitykebauran termaPerubatanTiadaKeupayaan menyebarkan haba.
knowledge disseminationpenyebaran pengetahuanPendidikanTiadaProses menyebarkan pengetahuan secara bersemuka atau menggunakan kemudahan komunikasi moden, termasuk sistem jarak jauh.
bulk mailingmel pukalKomunikasiKorporatKaedah menyebarkan maklumat promosi dan pengiklanan secara serentak dalam jumlah yang banyak melalui pos. Pelaksanaan penghantaran maklumat ini perlu mendapat prakelulusan berdasarkan peraturan yang ditetapkan, pra-pengesahan setem, jumlah unit, berat, serta jenis kandungan dan pembungkusannya. Penghantaran mel tersebut dilakukan sebelum pelancaran kempen atau promosi sesuatu barangan baru dalam pasaran secara besar-besaran.
disseminatehebahkan; sebarkanSejarahTiadaPerbuatan mengembangkan atau menyebarkan ajaran atau fahaman yang dianuti.
expository displaypameran dedahanPendidikanTiadaPameran untuk menyebarkan maklumat dan mendedahkannya kepada orang awam.
dusterpengabukBiologiPatologiAlat yang digunakan untuk menyebarkan pestisid perumusan abuk.
read leaderpendahuluKomunikasiTiadaOrang yang pertama sekali menyebarkan maklumat mengenai sesuatu perkara seperti menghebahkan tajuk berita di televisyen atau radio.
12345678

Kembali ke atas