Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.be.la.hi] | مڽبلهي

Definisi : menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.be.la.hi] | مڽبلهي

Definisi : menyokong atau membantu sesuatu pihak; berpihak kpd: Ketua badan itu sentiasa ~ orang-orang yg sealiran dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebelahi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATO' BAHAMAN

DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang.

   

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERLEMBAGAAN RAKYAT

PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947),  satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British.  Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947.  Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu.  Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas