Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seberang (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah lain, bertentangan, berhadapan (dengan);,
Kata Terbitan : berseberangan, menyeberang, menyeberangi, menyeberangkan, penyeberangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan di antara mengharungi sungai dan menyeberangi sungai?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. perkataan "menyeberangi" bermaksud 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita;

Manakala perkataan "mengharungi" pula bermaksud 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;
Istilah08.04.2013
1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk
Ayat ini betul: 
1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu.
2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 
3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada  para pekebun kecil.
4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 
5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 
6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 
7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 
8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 
9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut.
Tatabahasa21.08.2014
Adakah penggunaan perkataan ‘mempelajari’ dalam ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Sejak hari itu, Farid mempelajari bahawa dia tidak perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya. 2. Mereka telah mempelajari bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan mempelajari membawa maksud belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, ayat yang lebih betul adalah seperti yang berikut:

1. Sejak hari itu, Farid menyedari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.
2. Mereka memaklumi bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.
Tatabahasa16.10.2020
Maaf, terdapat kesilapan dalam ayat yang dihantar. Adakah penggunaan ‘mempelajari’ digunakan dengan betul dalam ayat ini: 1. Sejak hari itu, Farid mempelajari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.Baik puan. Berikut merupakan jawapan untuk soalan sebelum ini:


Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan mempelajari membawa maksud belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Oleh itu, ayat yang lebih betul adalah seperti yang berikut:

1. Sejak hari itu, Farid menyedari bahawa dia perlu berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya.
2. Mereka memaklumi bahawa mereka tidak boleh membuat bising di dalam perpustakaan.
Tatabahasa16.10.2020
Assalamualaikum... Sebelum dan selepas kata "kemudian" perlu diletakkan tanda koma (,) atau tidak? Contoh ayat: 1. Beliau menakluk Bukhara, kemudian menyeberangi Sungai Oksus dan menyerang Kawarisma. 2. Kemudian, ayam dimasukkan ke dalam kuali.Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat. Dalam contoh ayat yang diberi, tanda koma dalam ayat pertama, betul penggunaannya manakala dalam ayat kedua, tidak betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 64-69.Tatabahasa14.02.2017
apakah beza melintas dengan melintasi?
 perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut;

melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun;

melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi;

Tatabahasa20.10.2012

Kembali ke atas