Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.da.ri] | مڽدري

Definisi : mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa per­buatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.da.ri] | مڽدري

Definisi : mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan perkataan 'perasan' dan 'menyedari' dalam ayat-ayat berikut betul dan tepat? (a) Tanpa menyedari, kami sudah sampai ke destinasi. (b) Tanpa perasan, kami sudah sampai ke destinasi.Ayat yang betul ialah "tanpa disedari kami sudah sampai ke destinasi"Tatabahasa12.12.2015
Adakah ayat berikut betul? Perlu masukkan 'bahawa' dan imbuhan 'ber'? Nabi Musa berasa insaf dan menyedari seseorang harus sabar dalam perjalanan menimba ilmu. Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Nabi Musa berasa insaf dan menyedari bahawa seseorang harus bersabar dalam perjalanan menimba ilmu.Tatabahasa05.01.2012
Tolong cerakinkan ayat di bawah Ali sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya.Ayat yang gramatis "Ali menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya", Ali - subjek, menyedari - kata kerja transitif dan bahawa dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya - seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu (bahawa - kata komplemen dan dia telah melakukan kesalahan terhadap ibunya - ayat 2). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 508.Tatabahasa21.04.2014
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013
Salam, bolehkah saya dapatkan jawapan untuk soalan ini? Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk I) Penduduk di Kampung Sejahtera menyedari sesuatu. Kampung mereka dilanda banjir.Jawapan yang betul ialah Penduduk di Kampung Sejahtera menyedari kampung mereka dilanda banjir.Tatabahasa16.05.2017
Salam tuan DPB. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Di samping menyedari bahawa ilmu yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu yang menyuluh kehidupan manusia,para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu sisedarkan juga bahawa menuntut ilmu adalah ibadat jika adanya niat dan tujuan yang benar. Ayat yang betul : Di samping (para penuntut) (telah) menyedari bahawa ilmu(lah) yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu(lah) yang menyuluh kehidupan manusia, para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu disedarkan juga bahawa menuntut ilmu ialah ibadat jika ada/terdapat niat dan tujuan yang benar.​Ayat yang betul ialah Di samping para penuntut menyedari bahawa ilmulah yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu juga yang menyuluh kehidupan manusia, mereka yang mengikuti kem motivasi itu disedarkan juga bahawa menuntut ilmu ialah ibadat jika niat dan tujuan mereka betul.Tatabahasa24.11.2020
Selamat pagi, ingin bertanya, apakah perbezaan antara leka, khusyuk dan asyik? Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya. Apakah jawapan yang paling sesuai untuk ayat ini? (Leka/ asyik/ khusyuk) ?

Saudara boleh membuat carian sendiri dengan mengklik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri untuk menyemak maksud kata leka, asyik dan khusyuk dengan lebih terperinci. Berdasarkan contoh ayat “Ah Chong tidak menyedari kedatangan kawannya kerana terlalu ____________ membaca buku kegemarannya” kata “leka dan asyik sesuai digunakan.

Makna27.06.2022
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu".Tatabahasa13.09.2015
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'SevenTerdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh.Tatabahasa28.03.2013
Ihsan @ ehsanIhsan - Beribadat kpd. Allah dan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah swt.Lain-lain12.06.2007
1234

Kembali ke atas