Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.gar] | مڽݢر

Definisi : menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~ dgn menggunakan krim muka ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyegar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya.

Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu.

Tatabahasa10.02.2012
Assalamualaikum... Saya mempunyai persoalan yang mungkin kecil akan tetapi penggunaan perkataan ini menyebakan saya masih keliru adakah wujud perkataan ini di dalam kamus dewan bahasa melayu kesemuanya. Perkataan atau penggunaan istilah ini selalu digunakan pada kertas kerja. soalan saya,adakah wujud perkataan 'persegaran' Harap pihak tuan dapat membantu. Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman sdr, tidak ada kata “persegaran” dalam Kamus Dewan. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi kata imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. Tatabahasa02.07.2009

Kembali ke atas