Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.im.bang.kan] | مڽايمبڠکن

Definisi : menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.im.bang.kan] | مڽايمبڠکن

Definisi : menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bedanya di antara "Menyeimbangkan" dgn "Mengimbangkan"?Menurut Kamus Dewan, menyeimbangkan ialah menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi;

Mengimbangkan pula ialah menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini; ~ kira-kira;
Tatabahasa12.08.2013
Menurut Kamus Dewan, maksud "menyeimbangkan'=menjadikan seimbang manakala maksud "mengimbangkan"=menjadikan supaya seimbang. Contoh ayat : Penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha menyeimbangkan /mengimbangkan kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat. Tidak nampak seperti ada apa-apa perbezaan maksud pun. Mohon jelaskan.Berdasarkan definisi tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.Tatabahasa14.08.2013
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "balance the taste"? Menyeimbangkan rasa atau mengimbangkan rasa? Terima kasih.Kedua-dua padanan perkataan diterima mengikut konteks dan penggunaan ayat.Makna17.06.2021

Kembali ke atas