Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.im.bang.kan] | مڽايمبڠکن

Definisi : menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat utk ~ kedudukan ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.im.bang.kan] | مڽايمبڠکن

Definisi : menjadikan seimbang: Kami menambah halaman warna utk ~ bahan bacaan bagi pembaca dgn tambahan iklan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balancerjuruadun audioKomunikasiTiadaPetugas yang melakukan kerja-kerja menyeimbangkan bunyi daripada pelbagai sumber.
steadycamkamera mantapKomunikasiTiadaAlat yang digunakan oleh jurukamera untuk menyeimbangkan kedudukan kamera yang biasanya diletakkan di badan jurukamera bagi memudahkan membuat tangkapan sewaktu proses penggambaran.
centre of volumepusat isi paduSains SukanBiomekanikTitik yang menyeimbangkan keseluruhan isi padu jasad dan menjadi titik tindakan daya apung. Lihat juga daya apung.
white balanceimbangan putihKomunikasiTiadaProses melaraskan warna putih untuk membantu menyeimbangkan warna-warna lain. Proses ini akan menghasilkan warna yang kelihatan seperti warna asli apabila dirakamkan. Proses ini dilakukan dengan memancarkan sumber cahaya yang pelbagai jenis kepada warna berkenaan.
profit maximization approachpendekatan pemaksimum keuntunganSosiologiTiadaPendekatan peletakan industri yang menyeimbangkan pendekatan kos terendah dan analisis kawasan pasaran.
profit maximisation approachpendekatan memaksimum keuntunganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan peletakan industri yang menyeimbangkan pendekatan kos terendah dan analisis kawasan pasaran.
probioticprobiotikMakanan dan PemakananMakananKultur pemula (mikroorganisma) yang baik serta memberikan manfaat kepada saluran pencernaan manusia. Probiotik juga menyeimbangkan koloni mikroflora dalam usus besar dan menyebabkan pencernaan serta penyerapan nutrien yang baik pada sistem penghadaman. Contoh probiotik ialah bakteria asid laktik yang ditambahkan ke dalam minuman berkultur.
adjusting rodrod pelarasKejuruteraanKejuruteraan MekanikRod dengan pengapit boleh laras yang terdapat pada arbor barel. Rod pelaras juga dilengkapi berat gelangsar untuk menyeimbangkan dan menguji tarikan pegas utama.
beam slotalur alangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang digunakan dalam pembinaan struktur rumah. Alur alang digunakan sebagai asas untuk memperkuat, mengurangkan beban berat dan menyeimbangkan rangka rumah pada bahagian lantai dan atap semasa pembinaan. Alur alang terbahagi kepada dua, iaitu alur panjang dan alur pendek. Masing-masing berfungsi untuk memperkuat bahagian asas atap dan memperkuat rangka rumah pada bahagian lantai. Alur alang diperkukuh dengan memasukkannya pada lubang yang dikenali dengan alur atau pasak. Sinonim alur rasuk.
body alignmentpenjajaran tubuhGerontologiTiadaProses memperbetulkan kedudukan sendi, tendon, ligamen dan otot semasa berdiri, berbaring atau duduk agar dapat membantu mengurangkan tekanan ke atas struktur muskuloskeletal, mengekalkan tonus otot dan menyeimbangkan tubuh.
12

Kembali ke atas