Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.jat.kan] | مڽجتکن

Definisi : mengeringkan air dll (dgn me-ngewapkan dll): air bersih tidak mening­galkan apa-apa hampas apabila disejatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.jat.kan] | مڽجتکن

Definisi : mengeringkan air dll dr sesuatu dgn memanaskannya dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejat (adjektif)
Bersinonim dengan kering, ringkai, timpas, kasang, cerin, cering, gersang;,
Kata Terbitan : menyejatkan, tersejat, penyejatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUSU PEKAT

Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan

dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan

air daripada susu untuk mengurangkan isi padu

susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak

disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk

untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat

adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2

yang baik.

UMUM 
SUSU SEJAT

Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira

60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu

sejat disediakan dengan memanaskan susu

penuh pasteur homogen dalam tangki vakum

untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya

ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril

dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat

tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya,

tetapi vitamin D sering ditambah untuk

pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa

Switzerland, menerima paten pada tahun 1884

kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah

memekatkan susu tanpa menambah gula.

Lihat juga Susu.

UMUM 

Kembali ke atas