Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyekat 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, adakah penggunaan perkataan ALIRAN dalam mana-mana ayat betul. 1 Sampah sarap yang bertimbun menyekat ALIRAN air longkang itu. 2 Peraduan mengarang itu terbuka kepada semua ALIRAN sekolah. 3 Sawah pdi di kampung itu mendapat ALIRAN air daripada sungai yang berhampiran. 4 Murid-murid di sekolah itu berjalan menuju ke kantin mengikut ALIRAN yang disediakan ditepi bangunan sekolah A 1 dan 3 B 2 dan 3 C 3 dan 4 D 1 dan 4Ayat yang betul ialah:
1. Sampah sarap yang bertimbun menyekat ALIRAN air longkang itu.
3. Sawah padi di kampung itu mendapat ALIRAN air daripada sungai yang berhampiran.
Tatabahasa28.05.2015
Bilakah perkataan “ditambahkan” atau “menambahkan” boleh digunakan? Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: “Bahan pengawet 20. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “bahan pengawet” ertinya apa-apa bahan yang, apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian, atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu.

Perkataan menambahkan merupakan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan untuk menghasilkan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Antara maksud tersebut ialah:

i.   Maksud membuat sesuatu yang terkadung dalam kata kerja dasar

ii.  Maksud kausatif atau menyebabkan

iii. Maksud benefaktif atau manfaat

Perkataan ditambahkan pula ialah bentuk pasif bagi perkataan menambahkan. Manakala dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan ditambah ialah  awalan di- yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh dalam ayat, Surat itu ditulis oleh adik saya.

Tatabahasa28.05.2021
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
Salam Saya hendak bertanya, dalam bahasa Melayu adakah perkataan adangan dan teradang? Kata dasar perkataan ini ialah adang? Apakah maksud kata adangan dan teradang? terima kasih

Mengikut Kamus Dewan, perkataan “Adang” itu sendiri mempunyai  beberapa maksud  iaitu adang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap). (Kamus Dewan Edisi Keempat).1">

Saudara yang budiman,1">

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkataan andang, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" atau sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. 1">

Tatabahasa23.10.2018
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih.

Contoh ayat:

1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok.

2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga

3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan.

4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan.  

5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas.

Istilah22.06.2010

Kembali ke atas