Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyelami 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014
Apakah perbezaan dua perkataan ini (atau tidak ada perbezaan): 1) hati nurani 2) sanubari . Bagaimana menggunakan dua perkataan ini? Bolehkah tuan/puan menunjukkan 4 contoh ayat bagi “ hati nurani” dan 4 contoh ayat bagi “ sanubari? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata “sanubari” bermaksud:

1. pusat segala perasaan; hati

    Contoh ayat: “Jauh dalam sanubari Bahar, tertancap kekaguman yang amat besar kepada basir yang sangat elok peribadinya”.


2. perasaan dalam hati atau batin

    Contoh ayat: “Tidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada sanubari penyairnya”.

 

Kata “Nurani” pula membawa maksud perasaan dalam diri seseorang atau berkaitan dengan cahaya. Contoh ayat: “Persembahan M Nasir cukup memukau nurani penonton”.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna11.09.2023

Kembali ke atas