Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lang] | مڽلڠ

Definisi : meminjam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lang] | مڽلڠ

Definisi : 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lang] | مڽلڠ

Definisi : 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan se­suatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kera­na diselang dgn lawak jenaka dan nya­nyi­an. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud selingan?sesuatu yg menyelingi (menyelang, menyela), sesuatu yg mengantarai.Makna08.03.2013
Assalamualaikum tuan, Saya tidak menemui perkataan "interlok" dan "dealova" di dalam Kamus Dewan.Mohon bantuan tuan, memberikan maksud perkataan tersebut.Terima kasih.Dalam sumber rujukan kami interlok terjemahan kata interlock dalam bahasa Melayu bermaksud memancakan, iaitu menyatukan (menyelang-nye­likan) jari-jari satu tangan dengan jari-jari tangan yang lain. Dealova pula tidak ada dalam sumber rujukan kami. Lain-lain01.01.2011
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021

Kembali ke atas