Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.la.pu.ti] | مڽلاڤوتي

Definisi : menyelubungi, melitupi, mem­­-bungkusi: biji kacang yg kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji; bulu susuk yg ~ badan burung; tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la.pu.ti] | مڽلاڤوتي

Definisi : ki menjadi sbg selaput pd; melapisi: Bajunya berbelak-belak diselaputi getah pisang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEPUHAN

Sepuhan ialah seni menyelaputi daun emas atau

habuk emas pada kaca, logam, kertas, porselin,

atau bahan-bahan lain. Sepuhan juga merujuk

kepada penggunaan logam seperti aluminium atau

perak.

UMUM 
MENINGITIS

Meningitis ialah penyakit yang menjejaskan

membran yang menyelaputi otak dan korda spina.

Membran ini dinamakan meninges. Penyakit ini

juga menjejaskan bendalir serebrospinal, yang

menyelubungi otak dan korda spina. Meningitis

berlaku akibat jangkitan bakteria, virus, kulat dan

mikrob-mikrob lain. Rencana ini membincangkan

meningitis bakteria, dan meningitis virus, iaitu dua

bentuk meningitis yang paling biasa.

UMUM 
KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin

(pengeluaran hormon) yang terletak di depan

leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap

sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini

disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian

pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid

mengambil iodin dari darah dan menggunakannya

untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga

dikenali sebagai tetraiodotironina dan

triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan

di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai

folikel .

UMUM 

Kembali ke atas