Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lar] | مڽلر

Definisi : melata atau menjalar (ular, tumbuh-tumbuhan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lar] | مڽلر

Definisi : 1. membubuh tanda dgn besi panas: penternak itu ~ lembu peliharaan mereka; 2. ki mengecap (dgn kata-kata), mengecam, membidas (dgn kerasnya): Munsyi Abdullah ~ beberapa adat istiadat yg membazir dan pincang yg berlaku di Pahang; 3. Mn meng-goreng (ikan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lar] | مڽلر

Definisi : 1 membubuh tanda atau cap dgn besi yg dibakar. 2 ki mengeluarkan kata-kata yg mem­burukkan orang lain; mengecam; me­nuduh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selar (kata nama)
Bersinonim dengan tanda, cap, tera, cetakan, segel, setempel, mohor, meterai;,
Kata Terbitan : menyelar, selar-menyelar, selaran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMITH, ADAM

Smith, Adam (1723–1790), pengasas ekonomi

moden. Buku Smith yang terpenting ialah The

Wealth of Nations (judul penuh: An Inquiry into the

Nature and Causes of the Wealth of Nations). Buku

yang diterbitkan pada tahun 1776 ini ialah karya

lengkap yang pertama tentang ekonomi politik.

Buku ini membincangkan perhubungan antara

kebebasan dan ketenteraman, menganalisis proses

ekonomi, dan menyelar sekatan yang dibuat oleh

sistem merkantil British terhadap perdagangan

bebas (lihat Merkantilisme). Ketiga-tiga aspek ini

disulam bersama untuk membentuk teori sosial

yang seragam.

UMUM 

Kembali ke atas