Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.la.ras.kan] | مڽلارسکن

Definisi : memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.la.ras.kan] | مڽلارسکن

Definisi : menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU

PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa.

BAHASABahasa
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM

Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang

dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab

terhadap semua aspek pemuliharaan alam di

United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini

dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza.

Organisasi itu ialah Countryside Council for

Wales, English Nature, dan Scottish Heritage.

Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam

menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi

wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar

tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan

alam negara, menentukan tempat-tempat yang

mempunyai kepentingan saintifik, dan

bertanggungjawab kepada penentuan simpanan

alam laut.

UMUM 
PEMBANGUNAN EKONOMI

Pertubuhan bagi Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi ialah persatuan 25

buah negara di Eropah Barat, Amerika Utara, dan

kawasan Pasifik. Organisasi ini dikenali sebagai OECD

( Organization for Economic Cooperation and

Development ) berfungsi untuk menggalakkan

ekonomi dan kebajikan sosial negara anggota, dan

menyelaraskan usaha untuk membantu negara-

negara membangun.

UMUM 
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA, badan berkanun yang menyelaraskan aktiviti perikanan di Malaysia. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga dikenal sebagai MAJUIKAN.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas