Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mem­buat kerja-kerja serta mengurus su­paya berjalan lancar (bkn sesuatu usaha dsb): Kerja-kerja ~ akan di­mulakan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyelenggara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. Contoh : Kementerian telah menyelenggara/ menyelenggara Jalan bagi tahun 2020 dengan kos sebanyak RM500 juta. Terima kasih

Kedua-dua penyenggaraan dan penyelenggaraan adalah betul dan mempunyai makna yang sama

Penyenggaraan - perbuatan menyenggara­kan, pengendalian, pengurusan; selenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Penyelenggaraan - perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan.

Lain-lain25.07.2022
MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. MENYELENGGARA JALAN MINI TAR DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG A, MUKIM B, DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN. ANTARA 2 AYAT DI ATAS, YANG MANA LEBIH TEPAT@BETUL TENTANG PENGGUNAAN 'KERJA-KERJA BERKAITAN' ATAU 'LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN'?Penggunaan yang betul ialah KERJA-KERJA BERKAITAN atau KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITANTatabahasa23.08.2021
Pihak kami memohon pengesahan perkataan sebenar bagi ayat di bawah iaitu samada 'menyelenggara' atau 'menyenggara' untuk kenyataan ayat didalam Piagam Pelanggan kami. Mohon mendapat maklumbalas pihak tuan. "Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara ATAU menyenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan penekanan kepada: 1. Jangka masa yang ditetapkan 2. Kos yang ekonomik 3. Reka bentuk yang berkualiti dan mapan"Senggara dan selenggara, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu mengurus atau mengendalikan. Perkataan selenggara dari aspek Linguistik - berlaku  pengimbuhan (el, em, er, dan sebagainya) yang disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok (senggara - selenggara, guruh - gemuruh, cerlang - cemerlang).Tatabahasa07.05.2010
mengembeleng tenaga atau mengembleng tenaga. dari segi ejaan? dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'? menyenggara atau menyelenggara? terima kasihEjaan yang betul ialah menggembleng dan menyenggara serta menyelenggara kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun kami tidak jelas dengan pertanyaan tuan tentang "dari segi tatabahasa adakah ini betul? "mengenalpasti, mengesah dan menjaga keselamatan hakmilik pelanggan" perlu penggunaan 'kan'". Dari segi ejaan, yang betul ialah mengenal pasti, mengesah dan menjaga hak milik pelanggan.Tatabahasa04.02.2014
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasihWaalaikumsalam,

Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh  memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini;  KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. 

Istilah11.02.2019
Senggara atau Selenggara. menyenggara atau menyelenggara. Apa perbezaan dan bila perlu digunakanSenggara dan selenggara sama sahaja, perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. Maka perkataan menyenggara dan menyelengggara juga sama sahaja.Makna15.08.2012
BOLEH TERANGKAN DGN LEBIH LANJUT MENGENAI KENYATAAN DI BAWAH: Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjarMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud mengurus ialah menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun. Menyelenggarakan ialah mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Memantau pula ialah memerhatikan dan memeriksa perkembangan. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna26.03.2009
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan.Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'.Makna29.03.2008
Yang manakah penggunaan kata yang betul: 1. Diselenggara atau Diselenggarakan 2. Menyelenggara atau Menyelenggarakan 3. Merekod atau Merekodkan 4. Ketakdedahan atau KetidakdedahanPerkataan yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Diselenggarakan
2. Menyelenggarakan
3. Merekodkan
4. Ketakdedahan
Lain-lain12.10.2021
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "space walk"? Space walk merupakan salah satu aktiviti luar kenderaan yang dilakukan angkasawan bagi menyelenggara atau menjalankan operasi di luar stesen angkasa, yang melibatkan mereka 'berjalan' di ruang angkasa lepas. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

space walk - jejak angkasa

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
12

Kembali ke atas