Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1. menyudahkan, menyiap­kan (kerja, tugas, dll): sekarang aku sibuk ~ satu kerja; 2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dsb), menamatkan, mengakhiri (per­sengketaan dll): pintu masih terbuka utk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai; 3. menjelaskan (membayar) hutang: jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas; 4. me­mecahkan sesuatu masalah (kira-kira dll), mencari jalan mengatasi (masalah dll), menghuraikan: beri nama hukum yg kamu gunakan utk ~ masalah ini; 5. mengatur baik-baik (rambut dll), mengemasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.le.sai.kan] | مڽلسايکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu supaya selesai; menyudahkan atau menghabiskan sesuatu pekerjaan dll; menyiapkan: Tiada sesiapa pun yg dpt ~ penyusunan sebuah kamus yg baik dlm masa tiga bulan. 2 membayar hutang sehingga habis; menjelaskan: Dia telah dituntut supaya ~ segala hutang arwah ayahnya. 3 mencari jawab utk sesuatu masalah (hitungan dsb) dlm ilmu matematik; menghuraikan. 4 mencari persetujuan atau kesimpulan terhadap sesuatu masalah dll; memutuskan se­suatu perkara: Kerajaan terpaksa campur tangan utk ~ masalah pemogokan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat empat cara -cara untuk menyelesaikan masalah itu atau Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu. Mohon penerangan..tq

Ayat yang betul ialah "Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu". Ayat "Terdapat empat cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu" adalah tidak tepat kerana cara-cara sudah menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu. Jika hendak menggunakan perkataan cara-cara, ayat tidak perlu ditambah dengan kata bilangan. Contoh ayat: Cara-cara hendak menjahit langsir di rumah.

Tatabahasa24.07.2018
Syafiq boleh menyiapkan masalah itu dalam satu minit sahaja.Apakah yang dimaksudkan dengan masalah? Kata kerja yang lebih sesuai bagi masalah ialah menyelesaikan, iaitu Syafiq boleh menyelesaikan masalah itu dalam masa satu minit sahaja.Tatabahasa23.04.2010
Salam pagi, Saya ingin mendapatkan penjelasan maksud bagi frasa kerja yang berikut: 1) menyelesaikan misteri jenayah 2) mengungkaikan misteri jenayah Apakah perbezaan maksud antara kedua-duanya? Adakah 'menyelesaikan' juga membawa maksud 'mengungkai', dan sebaliknya? Sekian, Terima kasih.Tidak ada maksud frasa dalam sumber rujukan kami. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan seperti yang terakam dalam kamus. Menyelesaikan bermaksud melakukan sesuatu supaya selesai; atau menyudahkan. Mengungkai (bukan mengungkaikan) bermaksud mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuk menyelidiki (memeriksa dll).Tatabahasa13.10.2015
Ayat yang manakah betul? (a) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang sukar itu. (b) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang susah itu. [Apakah beza antara ‘sukar’ dengan ‘susah’ dari segi penggunaan?]Sukar dan susah mempunyai maksud yang sama, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa29.10.2015
Kepada siapakah perlu saya alamatkan surat cadangan bagi menyelesaikan masalah kesalahan ejaan yang makin berleluasa di negara kita?Surat cadangan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menyelesaikan masalah kesalahan ejaan yang makin berleluasa.Lain-lain14.03.2013
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai  2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat  4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu.Makna16.04.2012
Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang. Soalan : Kami akan menyelesaikan masalah itu dengan kadar yang segera. Ayat Songsang : ?

Ayat yang betul ialah “Dengan kadar segera kami akan menyelesaikan masalah itu”.

Tatabahasa27.11.2023
Saya membantu menyelesaikan kerja itu sebelum malam menjelang. Bagaimanakah hendak pasifkan ayat tersebut? Jawapan yg diberi ialah ayat songsang dan bukan ayat pasif. Sekian harap maklum dan tidak berlaku kesilapan lg. Terima kasih atas keprihatinan.Pada pandangan kami, ayat ini perlu dipinda menjadi Saya menyelesaikan kerja itu sebelum malam menjelang, dan bentuk pasif Kerja itu saya selesaikan sebelum malam menjelang.Tatabahasa08.01.2015
(1) cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah mulut dan nafas yang berbau. (2) Tindakan terhadap rakan sekelas yang menghadapi masalah mulut dan nafas yang berbau. Manakah ayat lebih sesuai dan gramatis?
Ayat yang betul ialah:
1. Cara-cara membantu rakan sekelas menyelesaikan masalah bau mulut dan nafas.
2. Cara-cara membantu rakan sekelas yang menghadapi masalah bau mulut dan nafas. 


Tatabahasa09.02.2023
Adakah istilah ‘menguruskan semula’ betul digunakan dalam ayat? Contohnya : “Berikutan dengan penangguhan majlis ini, kami akan menyelesaikan isu lesen terlebih dahulu sebelum menguruskan semula majlis pelancaran ini”Ayat yang betul ialah “Berikutan dengan penangguhan majlis ini, kami akan menyelesaikan isu lesen terlebih dahulu sebelum mengurus semula majlis pelancaran ini”. Penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "mengurus" kerana "menguruskan" bermaksud menjadikan kurus tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa21.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas