Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lit.kan] | مڽليتکن

Definisi : memasukkan sesuatu di celah, menyelakan, menyisipkan: ia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lit.kan] | مڽليتکن

Definisi : meletakkan sesuatu di celah-celah benda lain; menyelipkan; menyisipkan: Dia ~ kerisnya di pinggang lalu pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyelitkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bina ayat menggunakan perkataan memperelokAni memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya.Tatabahasa20.06.2010
Salam, saya ingin bertanya tentang rangkai kata 'air tangan'?Adakah 'air tangan' itu merupakan rangkai kata biasa atau simpulan bahasa? Apakah kategorinya? Jika dalam perbualan sehari-hari, kita menyelitkan 'saya rindu akan masakan air tangan ibu'. Jadi, adakah perkataan yang digunakan itu salah? Dan apakah maksudnya? Terima kasih.Air tangan termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa yang bermaksud hasil kerja yang diusahakan oleh seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan.

Makna05.09.2013
frasa yang betul: Pada hari Sabtu yang lepas Pada minggu lepas Frasa yang salah : Pada hari Sabtu lepas Pada minggu yang lepas Boleh tuan jelaskan kenapa "pada minggu yang lepas" ialah frasa yang salah?Penggunaan yang lebih gramatis adalah dengan menyelitkan kata hubung pancangan relatif yang.Tatabahasa10.01.2017

Kembali ke atas