Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.lit.kan] | مڽليتکن

Definisi : memasukkan sesuatu di celah, menyelakan, menyisipkan: ia ~ kerisnya ke pinggang lalu berjalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.lit.kan] | مڽليتکن

Definisi : meletakkan sesuatu di celah-celah benda lain; menyelipkan; menyisipkan: Dia ~ kerisnya di pinggang lalu pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyelitkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OATES, JOYCE CARO L

Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang

Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel

dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan

memberi penekanan terhadap seks dan keganasan.

Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar

ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan.

Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku.

Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia

boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki

karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik

bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang

masyarakat moden adalah tepat.

UMUM 
GUAN HANQING

Guan Hanqing (1241-1320), pengasas zaju, iaitu drama yang menyelitkan unsur nyanyian pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368)

SASTERATokoh
DAMIRI MAHMUD

DAMIRI MAHMUD (1946-   ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 Januari 1946 di Hamparan Perak, Sumatera, Indonesia. Sejak kecil dia telah diperkenalkan dengan dunia kesufian dan filsafat Islam oleh ayahnya, Khatib Mahmud, Imam Besar Kesultanan Deli yang terkenal. Semasa memperkenalkan tokoh sufi dan filasuf Islam itu, ayahnya selalu menyelitkan ajaran moral sebagai pegangan hidup. Ibunya pula, Siti Rahmah, banyak memperdengarkannya syair Melayu dan hikayat lama. Latar belakang inilah yang mempengaruhi karyanya seperti cerpen, novel, dan terutamanya puisi. Damiri mengutamakan nilai keagamaan sebagai isi karya.

 

            

SASTERATokoh

Kembali ke atas