"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUH | Lain-lain | 22.12.2010 |
Mohon semakan adaakh ayat ini tepat?: Ke arah merangsang realisasi ciri pandangan-pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan/masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan prinsip asbab | Ayat yang betul ialah “Untuk merealisasikan pandangan menyeluruh tentang sistem perundangan Islam, buku ini menggariskan kesan atau masalah pemikiran kehakiman yang berdasarkan asbab”. | Tatabahasa | 27.11.2022 |
Apakah perbezaan antara 'meningkatkan penguasaan' dan 'meningkatkan kefahaman'? Adakah 'penguasaan' merujuk kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sesuatu konsep? | Kefahaman bermaksud hal faham akan sesuatu atau tahu dan mengerti benar akan sesuatu, manakala penguasaan bermaksud perbuatan atau hal menguasai, iaitu mengetahui dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut tahap penguasaan melebihi tahap kefahaman dan penguasaan lebih menyeluruh dan terperinci. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Apakah definisi muzik secara menyeluruh? | Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan; bunyi-bunyian. | Makna | 19.02.2008 |
Through welding solution | Penyelesaian kimpalan menyeluruh | Lain-lain | 04.03.2008 |
Yang dihormati Tuan, Bolehkah pihak Tuan melakukan semakan secara menyeluruh terhadap tulisan-tulisan berbentuk cerpen ataupun puisi? | Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen dan karya kreatif. Skop perkhidmatan kami adalah untuk membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 02.05.2015 |
Salam sejahtera. Mohon nasihat, bagaimana dapat saya belajar bahasa istana yang tepat dengan menyeluruh? Ada sebarang bahan rujukan yang berkenaan? Atau ada tokoh yang boleh berkongsi ilmu? Terima kasih. | Kami tidak ada maklumat tentang pembelajaran bahasa istana. Tuan boleh cuba mendapatkan maklumat yang berkaitan melalui pihak yang berwenang dalam hal ini seperti pejabat istana atau jika untuk tujuan kajian boleh merujuk pihak universiti. | Tatabahasa | 20.03.2018 |
APAKAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PEMIKIRAN INTUITIF. TOLONG JELASKAN SEJELAS-JELASNYA DENGAN MEMBERI GEMBARAN YANG MENYELURUH TERMASUK CONTOHNYA SEKALI | Pemikiran intuitif ditakrifkan sebagai pemikiran yang menurut atau berasaskan intuisi atau kesedaran, (kesedaran yg disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir). bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lengkap berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau melayari laman web DBP bagi mendapatkan tajuk-tajuk buku yang sesuai berkaitan pemikiran intuitif ini, dengan klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan mendapatkan bahan melalui carian. | Makna | 09.10.2007 |
HOLISTIK | Holistik adalah sesuatu yang bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. | Makna | 10.02.2008 |
konsep / difinisi penstandardan dan kebakuan bahasa | Dalam bidang ilmu bahasa variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh rakyat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat. | Lain-lain | 04.04.2008 |