Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mahu bertanya perbezaan antara perkaatan awam dan umum. Saya menulis "masyarakat awam" di peperiksaan, tetapi cikgu saya berkata bahawa "umum" harus digunakan.1. Awam - 1. berkenaan (melibatkan dan sebagainya) orang ramai sebagai suatu keseluruhan: 2. untuk atau terbuka kepada semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa untuk golongan dan sebagainya tertentu):3. bukan tentera atau polis dsb

2. Umum - secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas)

Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana membawa maksud yang sama. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya, perkataan yang digunakan ialah masyarakat awam.
Makna11.09.2017
Bagi permulaan surat resmi dalam jabatan: 1. Ketua Pengarah. Tajuk Surat: 2. YBhg Ketua Pengarah. Tajuk Surat : Mana yang betul?Tuan, kami tidak jelas dengan soalan tersebut. Mohon dapat kemukakan soalan dengan lebih menyeluruh.
Walau bagaimanapun, lazimnya dalam penulisan surat, kata sapaan YBhg. digunakan untuk orang yang mempunyai gelaran Tan sri, Datuk Seri, Datuk, Dato', Datin dan lain-lain. Kita tidak perlu menggunakan YBhg. apabila menyapa nama jawatan seseorang: contohnya Ketua Pengarah sahaja, bukan YBhg. Ketua Pengarah. Kecuali jika kita menyapa namanya (yang ada gelaran Datuk), baru digunakan YBhg. Datuk.... 
Tatabahasa23.06.2015
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih.Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai  1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Makna19.02.2009
1) Mengikut DBP, siapakah pengguna khusus Kamus Dewan? Penutur b.Melayu atau mereka yang ingin belajar b.Melayu (contoh: pelajar asing, warga bukan Malaysia, dsb.)? 2) Ketua Pengarah DBP mengatakan Kamus Dewan adalah sebuah kamus umum (4.7.2011, Berita Harian). Apakah saya benar jika saya simpulkan label 'kamus umum' di sini bererti Kamus Dewan dianggap tidak akan diguna oleh mereka yang tidak mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda (first language/L1); dan 'umum' di sini bererti umum kepada mereka yang mempunyai b.Melayu sebagai bahasa ibunda? Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang paling autentik yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu di Malaysia, dan juga di negara lain yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara masing-masing, seperti negara Brunei Darussalam dan Indonesia, dan juga negara yang sebahagian penuturnya merupakan penutur asli bahasa Melayu, seperti Singapura dan Thailand. Di samping itu, Kamus Dewan juga menjadi rujukan penting para pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia, terutama di negara yang ada pengajian Melayu, seperti China, England, Korea dan beberapa buah negara di Eropah. Oleh itu, Kamus Dewan digunakan oleh penutur asli dan bukan penutur asli bahasa Melayu dan umum di sini bermaksud menyeluruh, iaitu penyusunan Kamus Dewan bukan untuk kelompok tertentu sahaja, malah untuk seluruh pengguna bahasa Melayu termasuklah penutur asli dan pengkaji bahasa Melayu di seluruh dunia.Lain-lain19.08.2011
maksud pengglobalan?adakah perkataan ini berasal daripada bahasa melayu?apakah perbezaan global dan globalisasi?

Perkataan global berasala dari perkataan Inggeris. Makna global ialah 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~;

Lain-lain07.03.2010
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
Salam sejahtera. Apakah bezanya bongkok sabut dgn bongkok udang? Jwp yg mana betul? 1. Orang tua itu terpaksa berjalan menggunakan tongkat sebab dia _______. A. Bongkok udang. B. Bongkok sabut. Grafik menunjukkan org tua yg bongkok sedikit dgn memegang tongkat. Apakah jwp yg tepat? Terima kasih.Bongkok udang ialah bongkok di bahagian tengah belakang; melengkung badannya spt udang. Manakala, bongkok sabut ialah (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll). Penjelasan tentang grafik kurang jelas, mohon tuan lampirkan gambar untuk kami lihat dengan lebih menyeluruh.Makna20.08.2014
Mohon pihak DBP memberi respon ayat-ayat berikut. kalau salah, dimanakah salahnya. Kalau betul, tolong terangkan juga. 1. Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka. 2. Restoran ini menjual pelbagai makanan. 3. Lagu 'Negaraku' ialah kebangsaan Malaysia. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor.

1. Ayat Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka betul kerana penggandaan penuh kata adjektif  dalam ayat tersebut  memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.

2. Ayat Restoran ini menjual pelbagai makanan betul kerana pelbagai menunjukkan maksud berbagai-bagai.

3. Ayat yang sepatutnya ialah Lagu 'Negaraku' ialah lagu kebangsaan Malaysia.

4. Ayat Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor betul.

Tatabahasa24.06.2010
Tuan, Ini juga berkaitan kata ganda, kata ganda juga bermaksud jamak. Oleh itu, adakah frasa ini betul? 1. cantik-cantik belaka. (cantik-cantik bermaksud semua cantik, belaka juga bermaksud jamak, Oleh itu, maksud jamak telah diulangkan lagi.) Dalam keadaan ini, adakah frasa cantik-cantik belaka betul? Atau dalam keadaan ini, kata ganda bagi kata adjektif bermaksud "sangat" dan bukan jamak. Oleh itu, cantik-cantik belaka boleh diterima? Mohon penjelasan. Terima kasih

Frasa cantik-cantik belaka betul. Perkataan cantik-cantik dalam frasa tersebut merupakan penggandaan penuh kata adjektif, iaitu kata adjektif tunggal digandakan untuk memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh.  Manakala perkataan belaka dalam konteks frasa yang diberikan pula berfungsi sebagai kata penguat belakang yang kedudukannya diletakkan di belakang kata adjektif. Contoh dalam ayat: Rumah di kampung itu cantik-cantik belaka.

Tatabahasa26.05.2021
12

Kembali ke atas