Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.mai] | مڽماي

Definisi : menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (yg akan dipindahkan ke tempat lain): dialah yg ~, membuang rumput, dan menuai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.mai] | مڽماي

Definisi : menanam benih di tempat tertentu supaya bercambah: Datukku jugalah yg ~, mengubah dan menuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semai (kata nama)
Bersinonim dengan benih, semar, ipukan, redih;,
Kata Terbitan : menyemai, tersemai, semaian, persemaian, penyemaian,

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]?Perkataan yang sesuai ialah gembur.Tatabahasa29.07.2013
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
Tuan, Adakah terjemahan ini betul? (dalam laras bahasa papan iklan) 1. 100 years of commitment. 100 tahun penuh komitmen. 2. 100 years of serving the nation. 100 tahun menyemai bakti. Dari segi tatabahasa, adakah ayat-ayat di atas betul? Terima Kasih.Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan.
1. 100 years of commitment - 100 tahun penuh komitmen
2. 100 years of serving the nation - 100 tahun menyemai bakti
Tatabahasa24.10.2012
Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat "terpenting" dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, membina jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. adakah terpenting merupakan kata kerja?? terpenting merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap??? terima kasih..Tepenting ialah kata kerja tak transitif.Tatabahasa24.03.2012
1) Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat terpenting dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, "membina" jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. 2)Bahasa Melayu telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya sebagai wahana untuk "membina" kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju. 3)Dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan "membinanya" sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa persekolahan dan bahasa budaya tinggi yang mampu mendukung pengucapan struktur pemikiran moden dan canggih, selain sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. adakah membina merupakan kata kerja transitif aktif dalam ketiga-tiga ayat di atas?Perkataan membina dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT?Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007)Lain-lain12.07.2007
Salam. Saya ditugaskan untuk mencari perkataan yang sebetulnya untuk digunakan diWEB untuk pilihandua bahasa iaitu English dan BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU. Mana perkataan yang patut digunakan? TQBahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum, oleh itu dalam situasi yang dinyatakan istilah bahasa Malaysia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu tetap digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan  dalam Perlembagaan Persekutuan.Lain-lain27.05.2009
Tuan, Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Satu lagi pertanyaan tuan. Iaitu, penggunaan sendi kata 'di' Mengikut Kamus Dewan Bahasa ,perkataan 'kalangan' ialah golongan atau lingkungan. Ini bererti golongan itu merupakan orang bukan tempat. Tetapi selalu saya baca ayat misalnya '" untuk menyemai bakat mewarna di kalangan kanak-kanak. Sedangkan sendi kata 'di' itu digunakan untuk tempat, bukan orang.Jestru itu, yang mana satukah yang betul, 1. Di kalangan kanak-kanak kah?, 2. Kalangan kanak-kanak kah ?( tiada sendikata di) atau 3. Dalam kalangan kanak-kanak ? Mohon khidmat nasihat tuan. Terima kasih. Musa RashimFrasa "di kalangan" dan "dalam kalangan" kedua-duanya banyak digunakan, namun frasa yang paling tepat ialah "dalam kalangan". Kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat.Tatabahasa24.05.2012
Tolong jelaskan kita gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,yang mana satu....kerana sekarang ngara kita adalah Negara Bangsa!Bahasa Melayu digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan  dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum.    Lain-lain11.01.2008
bahasa malaysia atau bahasa melayuMengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada tahun 2006 Kabinet mengeluarkan arahan bahawa perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Lain-lain03.07.2012
123

Kembali ke atas