Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.mai] | مڽماي

Definisi : menanam atau menabur benih di tempat yg tertentu (yg akan dipindahkan ke tempat lain): dialah yg ~, membuang rumput, dan menuai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.mai] | مڽماي

Definisi : menanam benih di tempat tertentu supaya bercambah: Datukku jugalah yg ~, mengubah dan menuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semai (kata nama)
Bersinonim dengan benih, semar, ipukan, redih;,
Kata Terbitan : menyemai, tersemai, semaian, persemaian, penyemaian,

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Peluh merecik di atas dahi, Bawa menyemai anak padi; Pak Tua melihat naik berahi; Gelap mata si tua keladi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tetak apong tetak sedahan, Anak Cina menyemai padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal jambatan bekas kumandi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pagi-pagi pergi ke ladang, Hendak menyemai benih padi; Berapa tinggi Gunung Ledang, Tinggi lagi harapan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas