Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sembah
Kata Terbitan : menyembah, menyembahkan, mempersembahkan, sembahan, penyembah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sembah1 perbuatan menghormati dan memuliakan raja dll dgn mem­pertemukan kedua-dua tapak tangan lalu mengangkat ke paras dagu atau dahi: mengangkat ~. 2 kata-kata yg di­ucapkan kpd raja: Demikianlah ~ patik. bersembah berkata-kata dgn hormatnya. menyembah 1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah. 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg di­anggap berkuasa; memuja: ~ api. 3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya. 4 mengaku tertakluk pd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam. ~ bumi jatuh tertiarap ke bumi (bkn orang); roboh dan rosak teruk atau musnah (bkn bangunan). menyembahkanKamus Pelajar Edisi Kedua
sembah1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyembah1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah. 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg di­anggap berkuasa; memuja: ~ api. 3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya. 4 mengaku tertakluk pd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam. ~ bumi jatuh tertiarap ke bumi (bkn orang); roboh dan rosak teruk atau musnah (bkn bangunan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyembah1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyembahan1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyembah1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah.Kamus Pelajar
sembahyang1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang, wuduk; ada air ~ berada dlm keadaan yg mem-bolehkan seseorang mengerjakan ibadat spt sembahyang, membaca al-Quran, dsb; 2. (bagi orang bukan Islam) permohonan kpd Tuhan, doa; ~ berjemaah sembahyang beramai-ramai (dgn berimam); ~ fardu sembahyang yg diwajibkan (bagi orang Islam yg sudah baligh) mengerja-kannya; ~ hajat sembahyang istimewa utk memohon (kpd Allah) sesuatu; ~ Jumaat sembahyang berjemaah pd hari Jumaat (waktu zohor); ~ mayat (orang mati) sembahyang utk orang mati; ~ (hari) raya sembahyang sunat pd hari raya; ~ sunat sembahyang yg tidak diwajibkan me­ngerjakannya (sembah-yang tahajud dll); ~ tahajud sembahyang sunat pd waktu tengah malam (hendaklah tidur dahulu sebelumnya); ~ tarawih sembahyang sunat yg dilakukan pd malam hari dlm bulan Ramadan; ~ mencari akal, rukuk mencari kira-kira prb orang yg rupanya soleh tetapi hatinya cabul dan suka mengerjakan perkara yg ter-larang; bersembahyang 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; menyembahyangkan mengerjakan sem­bah-yang utk (ditujukan kpd): seorang akan me-robekkan kafan dan seorang menjadi imam ketika ~ dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
TuhanAllah yg mencipta alam se­mesta: ~lah yg menjadikan kita semua. bertuhan percaya kpd Tuhan: ~ kpd menyembah, memuja atau mendewa­kan sesuatu sbg Tuhan. bertuhankan 1 percaya akan sesuatu sbg Tuhan: ~ Allah. 2 ki mendewa-dewakan; terlalu mementingkan se­suatu lebih drpd memikirkan Tuhan: ~ wang ringgit. mempertuhan menyembah atau menganggap sesuatu sbg Tuhan. ketuhanan 1 sifat keadaan Tuhan. 2 segala sesuatu mengenai Tuhan: ilmu ~ ilmu mengenai Tuhan dan agama. 3 kepercayaan atau kebaktian kpd Tuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memuja1. memuliakan dewa-dewa dll dgn membakar dupa (membaca mantera dll); ~ berhala menyembah berhala; istiadat ~ pantai istiadat dlm perayaan pantai di Kelantan; 2. = memuja-muja mempermulia-muliakan sangat, memperdewa-dewakan, menyanjung­nyanjung, mencintai (menyukai) sangat: hati wanita memang suka diistimewakan dan dipuja; ~ dunia memuliakan atau menyan­jung-nyanjungkan perkara-perkara dunia (wang, perempuan, dll) dgn melupakan akhirat (agama); ~-muji memuja-muja; 3. Jw sl menjadikan sesuatu dgn membaca mantera (cipta);Kamus Dewan Edisi Keempat
tanduan1. sj usungan (berupa kerusi, rumah-rumahan kecil, dll) utk membawa orang, joli: maka menteri keempat pun menyembah, lalu keluar naik ~nya, kembali ke rumahnya; 2. usungan utk mengangkut orang sakit (orang cedera dll): orang yg cedera dlm kema­lang­an jalan raya itu diusung ke hospital dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas