Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.buh.kan] | مڽمبوهکن

Definisi : menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.buh.kan] | مڽمبوهکن

Definisi : mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALOPATI

Alopati ialah satu kaedah dalam amalan

perubatan yang mencuba menyembuhkan penyakit

dengan menghasilkan kesan pada tubuh badan

yang berbeza dengan kesan daripada penyakit.

UMUM 
PLASEBO

Plasebo ialah sejenis bahan yang kadangkala

digunakan oleh doktor sebagai ubat walaupun ia

tidak mengandungi sebarang ramuan bahan yang

aktif. Plasebo boleh melegakan pesakit dan ada

kalanya menyembuhkan pesakit. Plasebo kelihatan

sama seperti dadah biasa, tetapi biasanya hanya

mengandungi larutan gula atau garam. Doktor ada

kalanya menggunakan plasebo sebagai dadah biasa

kerana mendatangkan kesan positif terhadap kira-

kira 30 peratus pesakit. Pembaikan hasil

penggunaan bahan bukan aktif ini dikenali sebagai

kesan plasebo.

UMUM 
AIR PANCUT REMAJA

Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah

mata air khayalan. Banyak cerita legenda

menceritakan  air pancut ini di Eropah dan

Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan

orang tua menjadi muda dan menyembuhkan

pelbagai jenis penyakit.

UMUM 
SPA

Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan

mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa

menjadi popular semasa pemerintahan Rom.

Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air

garam yang terkandung dalam air spa dapat

menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom

telah membina tempat mandi di Bath dan St.

Albans di England.

UMUM 
SADLER'S WELLS

Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater

di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya

sebuah syarikat opera dan rombongan tarian

balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki

bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang

terletak di tanah kepunyaannya di utara London

mempunyai air yang boleh menyembuhkan

penyakit. Dia membina sebuah taman awam di

sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air

mineral dengan orang ramai boleh menikmati

pementasan dan muzik.

UMUM 
ANTITOKSIN

Antitoksin ialah bahan yang terdiri daripada sel

hidup yang melawan penyakit yang disebabkan oleh

toksin. Toksin adalah racun yang dihasilkan oleh

organisma kecil seperti bakteria. Doktor

menggunakan antitoksin untuk merawat penyakit,

antara termasuk tetanus (kancing gigi) dan difteria.

Antitoksin adalah sejenis antibodi yang dapat

menyembuhkan atau menghalang penyakit, atau

menjadikannya kurang serius (lihat Sistem imun ).

UMUM 
BAGIH

BAGIH, pengubatan tradisional untuk menghalau hantu daripada badan pesakit. Bagih, yang terkenal suatu ketika dahulu di negeri Kelantan diadakan untuk menyembuhkan orang sakit, memulihkan orang yang terkena sihir dan juga untuk mencari benda yang hilang atau yang dicuri orang.

BUDAYAKonsep
PURSLANE

Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies

tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata.

Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar.

Bunganya berwarna kuning dan kembang pada

waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh

sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies

tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya

di Eropah. Di samping itu, purslane biasa

digunakan di India dan China sebagai herba

ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk

membantu menyembuhkan ulser dan luka .

Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili

purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah

Portulaca oleracea .

UMUM 
SERAPIS

Serapis ialah dewa yang tiba-tiba menjadi

popular di Mesir pada tahun 300-an S.M.

Pemerintah Ptolemaic di Mesir bermula dengan

Ptolemy I pada tahun 323 S.M., telah membina

sebuah kuil yang sangat indah untuk Serapis dan

menggalakkan penyebaran fahamannya di seluruh

dunia Mediterranean.

Serapis menggabungkan watak Mesir dan

Yunani. Di Alexandria, dia digambarkan sebagai

dewa yang menduduki takhta yang merupakan

lambang diraja seperti Zeus, raja segala dewa

Yunani. Serapis ialah dewa alam ghaib, dikaitkan

dengan Isis, dewi Mesir yang popular. Selain itu,

Serapis bertindak sebagai pemilik Sungai Nil yang

memberikan kesuburan. Dia melindungi golongan

yang bekerja di laut, memberikan ilham tentang

ramalan, menyembuhkan pesakit, dan memerintah

seluruh alam semesta seperti Zeus.

Serapis memiliki banyak watak Mesirnya

daripada fahaman Osiris-Apis di Memphis. Nama

Serapis mungkin merupakan gabungan antara

Osiris dengan Apis. Osiris, suami Isis, ialah dewa

kesuburan dan dewa alam ghaib. Apis pula

merupakan bentuk duniawi Osiris dalam lambang

lembu jantan.

UMUM 
SUNGAI GANGES

Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di

India dan salah satu sungai yang terpanjang di

dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India

kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang

Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang

paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu

penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti

Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai

Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang

airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke

sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah

penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu

semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa.

Mereka yang sakit dan cacat datang dengan

harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan

penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu

mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu,

sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke

syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu,

bahasa utama orang India, ialah Ganga.

UMUM 

Kembali ke atas