Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyem.buh.kan] | مڽمبوهکن

Definisi : menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyem.buh.kan] | مڽمبوهکن

Definisi : mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cure of soulsmenyembuhkan roh/rawatan rohSejarahTiadaPerihal memberikan rawatan oleh paderi atau pembantu paderi khususnya tentang alam ghaib bagi kawasan yang mempunyai gereja dan paderinya sendiri dalam zaman feudal yang meletakkan penguasaan gereja sepenuhnya ke atas penduduk jajahan.
sanative drugdrug sanatifVeterinarPraklinikalDrug yang boleh menyembuhkan penyakit. Contohnya; penisilin untuk merawat jangkitan bakteria.
curative fungicidefungisisd penyembuhBiologiPatologiFungisid yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh kulat patogen yang sudah menyerang sesuatu perumah.
curative dosedos sembuhBiologiPatologiDos pestisid terendah yang masih boleh menyembuhkan penyakit. Jika melebih doa terebut, penyembuhan penyakit semakin berkesan tetapi mungkin boleh merancuni tumbuhan perumah.
EthnomedicineEtnoperubatanPertanianTiadaBidang yang mengkaji tumbuhan yang digunakan oleh manusia untuk menyembuhkan penyakit, menjaga kesihatan dan kosmetik. Bidang ini menghuraikan taksonomi tumbuhan, bahagian yang digunakan untuk merawat penyakit, gejala penyakit, kaedah penyediaan, kaedah rawatan, jumlah (dos) yang digunakan dan pantang larang. Bidang ini penting untuk merekodkan pengetahuan rawatan tradisi berasaskan tumbuhan di kalangan masyarakat pelbagai kumpulan etnik.
marsupializationmarsupialisasiPerubatanTiadaPembedahan untuk membentuk kantung, terutama merujuk kepada teknik pembedahan untuk menyembuhkan sista.
drugdrugFarmasiFarmaseutikSebarang bahan kimia yang digunakan untuk mencegah, meringankan, merawat atau menyembuhkan penyakit manusia dan haiwan.
chemotherapeutic agentagen kimoterapiKimiaBiokimiaZat kimia yang berfungsi sebagai agen antimikrob untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
occupational therapyterapi kerjaPerubatanTiadaPenggunaan sebarang jenis pekerjaan atau aktiviti untuk membantu menyembuhkan sesuatu penyakit.
ethnomedicineetnoperubatanHerbaBotani dan BioteknologiBidang yang mengkaji tumbuhan yang digunakan oleh manusia untuk menyembuhkan penyakit, menjaga kesihatan dan kosmetik. Bidang ini menghuraikan taksonomi tumbuhan, bahagian yang digunakan untuk merawat penyakit, gejala penyakit, kaedah penyediaan, kaedah rawatan, jumlah (dos) yang digunakan dan pantang larang. Bidang ini penting untuk merekodkan pengetahuan rawatan tradisi berasaskan tumbuhan dalam kalangan masyarakat pelbagai kumpulan etnik.
123

Kembali ke atas