Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.nang.kan] | مڽنڠکن

Definisi : 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.nang.kan] | مڽنڠکن

Definisi : 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyenangkan

Peribahasa

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah.

Bermaksud :

Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleasingmenyenangkanKesenianTiadaTiada
behaglich (G)selesaKesenianTiadaPersembahan yang menyenangkan.
acridakridHerbaFitoterapiBau yang tidak menyenangkan atau rasa yang pedar, pedas dan tajam seperti cuka.
hangoverpengarPsikologiTiadaKeadaan fizikal yang tidak menyenangkan seperti pening kepala, gangguan pada perut, muntah dan sebagainya kesan daripada pengambilan alkohol secara berlebihan seperti minuman keras.
bitterpahitPerubatanTiada1. Mempunyai rasa yang tidak menyenangkan.
butyronebutironKimiaTiada2CO, stabil, mempunyai bau yang menyenangkan, dan digunakan di dalam lakuer dan sebagai perisa makanan.
piacevolepiacevoleMuzikTiada

 Gaya persembahan yang menyenangkan dan menggembirakan.

accidentkemalanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Sesuatu yang tidak menyenangkan yang berlaku akibat kelalaian. 2. Catatan tentang kekerapan dan keparahan sesuatu kemalangan yang berlaku didalam sesebuah organisasi, untuk mengenal pasti pekerja yang selalu terlibat di dalam kemalangan tersebut.
softening effectkesan pelembutLandskapTiadaKesan visual yang menyenangkan dan wujud apabila tumbuhan daripada pelbagai bentuk dan tekstur digunakan bersama-sama dengan struktur binaan yang keras seperti penggunaan pokok Ficus sp. pada tembok.
aromaticberaroma; aromatikKejuruteraanTiada1. Beraroma: Memiliki bau yang menyenangkan. 2. Aromatik: Siri sebatian kimia yang atom karbonnya membentuk gelangan tertutup, berbeza dengan siri alifatik.
123456

Kembali ke atas