Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyen.du/] | مڽندوق

Definisi : mencedok dgn senduk: ia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyen.du/] | مڽندوق

Definisi : mencedok (nasi dll) dgn senduk: Selepas ~ nasi ke pinggannya, dia pun membasuh tangan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senduk (kata nama)
Bersinonim dengan centong, sudip, pencedok, tanjur, sodek, sibur, cikok, irus, sudu, kelido, camca;,
Kata Terbitan : menyenduk, menyendukkan, tersenduk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menyenduk nasi ke dalam pinggan atau menyenduk nasi ke atas pingganMenyenduk nasi ke dalam pinggan.Tatabahasa10.04.2017
Apakah perbezaan menyudip dan mencedok?Kedua-duanya tidak banyak perbezaan menyudip dari segi maknanya  iaitu mengaut atau menyenduk dgn sudip atau  mengaut atau menyenduk dgn sudip, manakala mencedok mengambil sesuatu dgn gayung (cebok, senduk dsb) atau mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll)Tatabahasa06.08.2019
(Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.) adakah ayat di atas betul?

Saudara,

Ayat ini betul.

Tatabahasa12.10.2010
Please help to check the BM translations as below:- 1. Soft and safe for feeding your baby 2. Rounded spoon shape for easy scooping of food 3. Easy-to-grip long handle for easy feeding Cadangan terjemahan:- 1. Sudu yang lembut dan selamat untuk menyuap bayi anda. 2. Kepala sudu berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 3. Pemegang sudu yang panjang mudah dipegang semasa memberi makanan. Sekian, terima kasih.Padanan terjemahan yang dicadangkan adalah betul penggunaan bahasanya.Tatabahasa26.06.2018
1) Soft and safe to use for feeding your baby. 2) Coated with high quality soft and durable silicone material. 3) Perfect size for baby’s mouth. 4) Rounded bowl shape for easy scooping of food. 5) Soft silicone bowl gentle on tender gums. 6) Easy-to-grip long handle for easy feeding. Please help to check the translation in BM as below: 1) Lembut dan selamat digunakan untuk memberikan makan kepada bayi. 2) Dilapisi dengan bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sempurna untuk mulut bayi. 4) Bentuk mangkuk bulat untuk membuat makanan mudah. 5) Sangkar silikon lembut pada gusi lembut. 6) Mudah mengendalikan genggaman yang panjang untuk memberikan makan dengan mudah. Sekian terima kasih :)

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 1) (Sudu yang) / Lembut dan selamat digunakan untuk menyuap bayi anda. 2) (Botol dilapisi) /Dilapisi bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sesuai dengan mulut bayi. 4) Mangkuk berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 5) Mangkuk silikon lembut sesuai untuk gusi lembut. 6) Pemegang (botol/sudu) yang panjang mudah dicengkam semasa memberikan makanan. 

Perkataan dalam kurungan perlu ada jika teks tidak disertakan dengan gambar.
Penyemakan dan penterjemahan01.06.2018

Kembali ke atas