Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyeng.ga.rakan] | مڽڠݢاراکن

Definisi : mengurus, me-ngendalikan, menyelenggarakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyeng.ga.rakan] | مڽڠݢاراکن

Definisi : me­lakukan kerja-kerja pembaikan atau mengekalkan keadaan baik (mesin, bangunan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senggara
Kata Terbitan : menyenggarakan, penyenggaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini?

Tuan Jol,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll).  Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

  • menyenggarakan" title="menyenggarakan">senggara; menyenggarakan

    mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;
  • penyenggaraan

    perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;  lihat juga selenggara.
  • Istilah25.03.2009
    Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

    Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud  mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan  2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat  4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan  2. pemeliharaan, pengawasan.   Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. 

    Makna27.01.2011
    Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu.Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratanMakna06.04.2010
    Apakah perbezaan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. berikan contoh ayat penggunaan bagi kedua-dua perkataan ini. Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud penyenggaraan bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu, perbuatan menyenggara­kan, pengendalian, pengurusan, selenggara (Contoh ayat: penyenggaraan ba­ngunan)  manakala

    penyelenggaraan pula bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyelenggara, menyelenggarakan sesuatu. (Contoh ayat: penyelenggaraan seminar tersebut telah berjalan dgn lancar.

    Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kedua-dua kata ini membawa maksud yang sama. 

    Makna26.02.2018
    Apakah perbezaan selenggara dan senggara? Selenggaraan dan penyenggaraan?Salam sejahtera,

    Tuan,

    Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya, perkataan senggara apabila menerima sisipan "el" menerbitkan kata selenggara. Begitu juga dengan senggaraan atau penyenggaraan yang mempunyai maksud sama iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.

    Sekian, terima kasih.
    Tatabahasa04.01.2018
    apa maksud penyenggaraan dan penyelenggaraan

    .  Kamus Dewan mentakrifkan kata penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor.

    Penyenggaraan ialah perbuatan menguruskan, menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara.

    Makna29.05.2009
    Salam, ingin bertanya mengenai penggunaan senggara & selenggara, saya telah baca semua q&a dan faham ia sisipan 'el' dan adalah varian spt guruh/gemuruh. Q: adakah ada prioriti/praktis/lebih formal/lebih baik penggunaan antara salah satu perkataan senggara/selenggara dalam tulisan spt panduan penggunaan, dokumen rasmi atau signage? atau diterima umum sbg 100% sama taraf penggunaan? terima kasih & selamat tahun baru 2022Kata “senggara” dan “selenggara” mempunyai maksud yang sama iaitu mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan. Dalam penulisan rasmi, kata “senggara” (menyenggarakan, disenggarakan, tersenggara, penyenggaraan dan penyenggara) dan "selenggara" (menyelenggara, menyelenggarakan, diselenggarakan, terselenggara, penyelenggaraan, selenggaraan dan penyelenggara) sama tarafnya dan boleh digunakan untuk merujuk maksud yang sama.   

    Tatabahasa04.01.2022
    Salam, 1. Saya ingin bertanya frasa Alat Ganti atau Alat ganti. Adakah G pada Ganti tersebut perlu dibuat huruf besar atau tidak? 2. Saya ingin bertanya adakah wujud perkatan Senggaraan yang merujuk kepada Penyelenggaraan. Perkataan Senggaraan digunakan secara meluas di tempat saya bertugas. Contoh : Kontrak Perkhidmatan Senggaraan serta menghantar Alat Ganti Kenderaan. Sekian, terima kasih

    Penggunaan huruf G besar atau G kecil bergantung pada fungsi perkataan dalam ayat/frasa. Sebagai contoh:

    1)    Kedai Alat Ganti Kenderaan Berat – perkataan “Ganti” sebagai tajuk untuk keterangan aktiviti perniagaan pada papan iklan premis

    2)    Adik bermain dengan alat ganti motosikal Abang – perkataan “ganti” sebagai perkataan biasa, bukan nama khas.

     

    Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya. Perkataan “senggara” apabila menerima sisipan "el" menerbitkan perkataan “selenggara”.” Senggaraan/ penyenggaraan atau penyelenggaraan mempunyai maksud sama, iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.
    Tatabahasa15.11.2018

    Kembali ke atas