Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyen.tap] | مڽنتڤ

Definisi : menarik kuat-kuat (dgn tiba-tiba), meragut: pd ketika ini Wan Jamil ~ tali lehernya; ~ nyawa mencabut nyawa, menyebabkan mati (dgn serta-merta); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyen.tap] | مڽنتڤ

Definisi : menarik kuat-kuat dgn tiba-tiba; menyentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentap
Kata Terbitan : menyentap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
predatorpemangsaPerikananTiadaHaiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Ikan pemangsa biasanya mempunyai mulut yang besar, rahang yang kuat serta gigi yang tajam. Ikan ini mempunyai tabiat makan secara meragut atau menyentap. Selain itu, ikan ini juga menangkap mangsa dengan cara menyerang hendap atau mengejar mangsanya.
buoyancy compensator devicealat penganjal apunganPerikananTiadaJaket yang dipakai oleh penyelam skuba untuk menyelaras kedalaman penyelam di dalam air. Jaket ini mempunyai corong pernafasan, tangki sampingan udara mampat, meter kedalaman dan injap kawalan udara. Dalam situasi kecemasan, penyelam akan menyentap tali yang terdapat pada jaket untuk melepaskan udara dari tangki udara sampingan mampat bagi membolehkan penyelam timbul dengan cepat ke permukaan air.
fly patterngaya lemparPerikananTiadaCara membuat lemparan tali pancing yang dilakukan dalam kaedah pancing layang. Umpan boleh dilempar mengikut gaya tertentu bergantung pada jarak dan lokasi umpan yang jatuh ke dalam air. Sekiranya umpan hendak dilempar jauh daripada pemancing, lemparan perlu dilakukan secara mendatar. Umpan juga boleh dijatuhkan berhampiran pemancing yang dilakukan dengan cara melempar tinggi tali pancing dan kemudiannya menyentap sedikit tali ke arah pemancing. Antara gaya lempar yang biasa dilakukan ialah lempar perbetul, lempar libas dan lempar paracut. Lihat juga pancing layang, lempar perbetul, lempar libas, lempar paracut.

Kembali ke atas