Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ram.kan] | مڽرمکن

Definisi : menjadikan seram, me­nakut­­-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ram.kan] | مڽرمکن

Definisi : menjadikan seram; menimbulkan rasa seram; menakutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seram (adjektif)
Bersinonim dengan ngeri, gerun, gentar, kecut hati, seriau, takut, sengkak;,
Kata Terbitan : menyeramkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, dalam Tatabahasa Dewan Ed Ketiga m.s 391, terdapat perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Sebagai contoh kata menyeramkan, menyedihkan , membimbangkan, menggembirakan, menyenangkan dll. Soalan saya, adakah kata-kata di atas kata kerja transitif? Hal ini disebabkan kata-kata tersebut boleh diikuti oleh frasa nama. Sekiranya ya, bermaksud ayat-ayat berikut boleh dipasifkan. 1. Filem itu sungguh menyeramkan kami (aktif) menjadi : Kami diseramkan oleh filem itu. (pasif) 2. Berita baik tentang kejayaan anak-anak di sekolah amat menyenangkan para ibu bapa. (aktif) menjadi : Para ibu bapa amat disenangkan oleh berita baik kejayaan anak-anak di sekolah. (pasif) Bukankah ayat-ayat pasif di atas ganjil bunyinya? Harap tuan dapat beri tunjuk ajar. Terima kasih.Kata kerja tersebut ialah kata kerja transitif. Ada beberapa ciri kata kerja tersebut, iaitu: objeknya terdiri daripada kata ganti nama diri; kata ganti nama diri tersebut boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat; membawa maksud emotif/berkaitan dengan perasaan; kata dasar kata kerja tersebut lazimnya ialah kata adjektif; dan ayat tersebut ialah ayat penyata. Kata kerja tersebut boleh dipasifkan, tetapi bentuk pasifnya jarang digunakan.Tatabahasa11.06.2012
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tqPada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan.Tatabahasa22.01.2012
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk perkataan "monstrosity"? Adakah "raksasa" cukup untuk meliputinya nuansanya walaupun "raksasa" sebenarnya bermaksud "monster" dan bukan "monstrosity"? Perkataan diambil daripada "a chilly one-eyed monstrosity". Adakah "raksasa bermatu satu yang dingin" sesuai? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan bagi "a chilly one-eyed monstrosity" ialah "lembaga bermata satu yang menyeramkan" atau "raksasa bermata satu yang mengerikan". Padanan ini bergantung kepada konteks dan penggunaan yang digambarkan atau dikisahkan oleh penulis dalam teks tersebut.Lain-lain07.10.2023

Kembali ke atas