Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.rap.kan] | مڽرڤکن

Definisi : menyediakan atau meng­untuk-kan sesuatu (utk serap), mencadangkan; serep I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.rap.kan] | مڽرڤکن

Definisi : menyebabkan atau men­jadikan terserap: anggota persatuan telah diserapkan ke dlm badan sukarela itu; kebanyakannya mengambil kesempatan ber-kahwin dan ~ diri sbg anggota masyarakat pribumi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.rap.kan] | مڽرڤکن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu benar-benar ke dlm hati (badan dsb). 2 memasukkan ke dlm sesuatu; menggabungkan dgn yg lain: Semua pekerja sementara akan diserapkan ke jawatan tetap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyerapkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEOPLATONISME

Neoplatonisme ialah aliran falsafah yang paling

berpengaruh dari tahun 200-an M. hingga tahun

500-an M. Neoplatonisme, yang bermaksud

Platonisme Baru , diasaskan daripada falsafah Plato.

Ia menyerapkan unsur pemikiran Pythagorean,

Aristoteles, dan Stoik. Plotinus ialah pengasas

Neoplatonisme. Ahli Neoplatonisme terkemuka

yang lain termasuk pengikut Plotinus, Porphyry dan

Proclus.

UMUM 
MZILIKAZI

Mzilikazi (c. 1795–1868) ialah pengasas negara

Ndebele, yang kini dikenali sebagai Zimbabwe.

Dia ialah ketua puak Khumala yang tinggal

berdekatan hulu Sungai Mkuze di Zululand pada

awal tahun 1800-an. Ndebele mengasaskan

empayar yang kuat dengan menghancurkan dan

menyerapkan kebanyakan puak Sotho dan

kemudiannya puak Tswana. Mzilikazi telah

mengetuai pengikutnya menyeberangi Limpopo

dan ke bukit Matopo, di Zimbabwe, tempat

mereka membina perkampungan tetap di situ.

UMUM 

Kembali ke atas