Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah jenis ayat berikut ? (ayat penyata ? ) Baiklah, ibu. 2. Jawapan (a) atau (b) yang betul apabila menggabungkan kedua-dua ayat berikut ? Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak. b) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis. TQ.Baiklah, ibu. (Ayat Penyata) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata

Ali menyertai peraduan melukis. Ah Seng tidak menyertai peraduan melukis.
a) Ali menyertai peraduan melukis tetapi Ah Seng tidak.
Tatabahasa09.10.2012
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
1. Berapa orangkah murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 2. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? 3. Berapa orang muridkah yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? Ayat manakah yang betul? Terima kasihAyat tanya yang anda kemukakan ialah ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya yang betul ialah ayat (i) Berapakah orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka? (ii) Berapa orang  orang murid yang menyertai lawatan sambil belajar ke Melaka?Tatabahasa05.04.2017
Saya keliru penggunaan huruf besar/kecil dalam ayat di bawah: 1.Ahmad menyertai pertandingan membuat logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya. 2.Kelas 2 Anggerik telah memenangi pertandingan kelas terbersih dan ceria minggu lalu. Tuan, saya keliru tentang penggunaan huruf kedua-dua pertandingan tersebut. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1. Ahmad menyertai Pertandingan Membuat Logo semasa kempen bulan kesihatan di sekolahnya.
2. Kelas 2 Anggerik telah memenangi Pertandingan Kelas Terbersih dan ceria minggu lalu.
Tatabahasa23.03.2015
Berapakah orang peserta yang menyertai rombongan ini? Berapa orangkah peserta yang menyertai rombingan ini? Berapa orang pesertakah yang menyertai rombongan ini? Yang mana betul? Didahulukan dengan ucapan terima kasih^^

Ayat yang tepat ialah Berapakah orang peserta yang menyertai rombongan ini?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah.1">

1"> 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Tatabahasa13.03.2018
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih.

1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya  untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia.

2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.

Tatabahasa18.05.2009
1a. Berapa orangkah yang menyertai pertandingan bercerita? 1b. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita? 1c. Berapa orangkah murid yang menyertai pertandingan bercerita? Ayat tanya mana satu lebih gramatis? Boleh jelaskan penggunaan partikel -kah yang betul dalam ayat tanya yang tersebut di atas?

Ayat yang tepat:

a. Berapakah orang yang menyertai pertandingan bercerita?
b. Berapakah orang murid yang menyertai pertandingan bercerita?

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. 1">

1"> 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 1">

Lain-lain07.07.2015
Salam sejahtera. Mana satukah ayat yang betul? 1) Saya pasti awak tidak akan menyesal untuk menyertai perkhemahan ini. 2) Saya pasti awak tidak akan menyesal menyertai perkhemahan ini. Adakah kata hubung ‘untuk’ diperlukan di dalam ayat?Ayat yang betul ialah Saya pasti awak tidak akan menyesal menyertai perkhemahan ini. Kata hubung untuk tidak perlu dimasukkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.04.2021
Salam hormat, mohon khidmat nasihat berhubung perkataan "menyertai" dan "mengikuti". Contoh ayat : Permohonan menyertai kursus anjuran INSAN atau Permohonan mengikuti kursus anjuran INSAN? Sekian, terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan menyertai dan mengikuti membawa maksud yang sama. Oleh itu, ayat yang dicadangkan tersebut adalah betul penggunaan bahasanya.

Untuk rujukan: 1">

(Maksud perkataan MENYERTAI ialah 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn., menemani, mengawani (utk. menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat))1">

Tatabahasa27.07.2018
1. Bagaimanakah / apakah perasaan kamu? 2. Bagaimanakah/apakah persediaan kamu untuk menyertai pertandingan tersebut? Terima kasih1. Apakah perasaan kamu?

2. Bagaimanakah persediaan kamu untuk menyertai....
Tatabahasa10.08.2014
12345

Kembali ke atas