Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru] | مڽرو

Definisi : memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru] | مڽرو

Definisi : 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seru1
Kata Terbitan : berseru, menyeru, menyerukan, seruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Guru besar menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan sekolah. Pilih perkataan seerti bagi menyeru. A. mengajak B. merayu C. mencegah D. menyuruhPerkataan yang paling hampir ialah menyuruh. Kamus Pelajar mentakrifkan menyeru sebagai meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kepada Allah.Tatabahasa22.01.2013
1. rupa-rupanya dan rupanya kedua-dua perkataan ini adalah sama maksud atau tidak ? Boleh berikan penerangan tentang perkataan-perkataan tersebut ? 2. Kami memberikan ( tepukan yang gemuruh.) ATAU Kami memberikan (tepukan gemuruh.) Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? 3. Beliau ( menyeru kami agar )selalu bersenam. ATAU Beliau ( menyeru agar kami )selalu bersenam. Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? Terima kasih.1. Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
2. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. 
3. Beliau menyeru kami agar selalu bersenam. Menyeru ialah kata kerja tak transitif dan mesti diikuti objek daripada kata nama/frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa17.04.2012
Al-Quran bukanlah sekadar naskhah bacaan, bahkan ia merupakan Risalah Agung yang menyeru manusia kepada Allah. Bolehkah penggunaan ia di situ?Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk  benda/subjek yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, penggunaan ia yang merujuk Al-Quran tidak begitu sesuai digunakan. "ia" dalam ayat tersebut boleh digantikan dengan kitab.Tatabahasa07.11.2018
Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse

Ayat ini betulSaudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
APAKAH PENGERTIAN DAKWAHMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud dakwah ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna25.03.2009
Tidak bolehkah menggunakan huruf hamzah seperti dalam tulisan arab? Ini kerana, untuk menunggu huruf hamzah tiga suku dimasukkan ke dalam unicode, akan mengambil masa yang agak panjang dan dapat membantutkan perkembangan tulisan jawi. Lebih-lebih lagi jenis font yang menyokong huruf jawi secara unicode yang digunakan diseluruh dunia amatlah terhad, oleh itu saya menyeru DBP agar membatalkan hasrat untuk meletakkan kedudukan hamzah pada kedudukan tiga suku. Perubahan adalah baik, tetapi perubahan kedudukan hamzah ini hanya membantutkan perkembangan tulisan jawi. Sekiranya huruf hamzah kekal pada kedudukan seperti dalam bahasa Arab, sudah tentu font biasa seperti Arial pun sudah dapat menyokong penulisan jawi. Mungkin inilah sebab mengapa tulisan jawi tidak mampu tulisan ini akan susah untuk matang seperti matangnya tulisan parsi, uighur, urdu dan lain-lain dalam sistem perkomputeran. Tidak perlu tunggu pengesahan unicode, cuma guna sahaja huruf hamzah yang sedia ada, tidak perlu dinaikkan kepada ketinggian tiga suku. Sekian.Terima kasih atas makluman dan cadangan yang tuan berikan. Maklumat yang baik ini kami salurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk kemas kini buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Lain-lain18.12.2017
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 
2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan".
Tatabahasa24.04.2014
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih.

1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks.

2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..."

3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia.

Makna09.07.2009

Kembali ke atas