Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru] | مڽرو

Definisi : memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru] | مڽرو

Definisi : 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seru1
Kata Terbitan : berseru, menyeru, menyerukan, seruan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI SALIH A.S.

Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud.

Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar

menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah

Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum

baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah

SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah

seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda

sebagai ahli sihir.

UMUM 
QASIMIY, JAMAL AL-DIN AL-

Qasimiy, Jamal al-Din al- (1283–1332 H./1866–

1913 M.) ialah ulama besar yang memerangi

bid‘ah dan menyeru kebenaran. Nama sebenarnya

ialah Abu al-Faraj Muhammad Jamal al-Din ibn

Sa‘id.

UMUM 
NABI SYU‘IB A.S.

Nabi Syu‘ib a.s. ialah salah seorang daripada

kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT

kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha

sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah

SWT, menasihati mereka agar meninggalkan

penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka

agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan

baik.

UMUM 
SAMURAH IBN JUNDAB AL-FAZARIY

Samurah ibn Jundab al-Fazariy ( ? –58 H./? –

677 M.) merupakan salah seorang sahabat nabi yang

masyhur. Dia juga adalah ayah kepada Jabir, salah

seorang sahabat nabi. Ketika masih kecil dia

menyeru kaum muslimin supaya berjihad dalam

Perang Uhud bahkan turut menyertai perang

tersebut termasuk juga perang-perang yang lain.

Dia meriwayatkan 130 hadith dengan menulisnya

dalam buku untuk lebih mengingatinya. Selain

itu, dia pernah menulis sepucuk surat untuk

anak-anak lelakinya. Ibn Sirin mengulas tentang

surat tersebut. Surat itu mengandungi ilmu

yang banyak. Samurah pernah menjadi

gabenor Basrah dan Kufah pada zaman

pemerintahan Mu’awiyah. Dia meninggal dunia

di Basrah.

UMUM 
MENARA

Menara ialah binaan tinggi, biasanya lanjung,

yang terdapat di rumah ibadat umat Islam yang

dinamakan masjid. Kebanyakan masjid mempunyai

dua hingga enam menara. Azan dilaungkan oleh

muazin dari puncak menara untuk menyeru umat

Islam bersolat lima kali sehari. Menara mempunyai

satu atau dua balkoni tempat muazin berdiri.

Menara boleh berbentuk bulat, segi empat, atau

banyak segi. Kebanyakannya dibina daripada bata

atau batu, dan mempunyai tangga di bahagian

dalamnya. Menara adalah satu daripada ciri paling

biasa dalam seni bina Islam.

UMUM 
KINGSLEY, CHARLES

Kingsley, Charles (1819–1875) ialah pengarang

dan paderi Inggeris yang terkenal. Dia berdakwah

tentang “Sosialisme Kristian”, satu falsafah

agama dan politik yang menyeru Gereja England

supaya mengambil bahagian yang aktif untuk

mengurangkan masalah sosial.

UMUM 
PAKATAN KEAMANAN KELLOGG-BRIAND

Pakatan Keamanan Kellogg-Briand yang

juga dikenali sebagai “Pakatan Paris”, yang

mengutuk keputusan berperang sebagai cara

menyelesaikan masalah antarabangsa, dan

menyeru jalan penyelesaian secara aman.

UMUM 
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
SURAH AL-MUZZAMMIL

Surah al-Muzzammil ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-73 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

20 ayat. Surah ini dinamakan al-Muzzammil (orang

yang berselimut) kerana Allah S.W.T. menggunakan

perkataan itu ketika menyeru Rasulullah s.a.w.

seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut, (Muhammad)”.

(Surah al-Muzzammil 73:1)

UMUM 
SURAH AL-HAJJ

Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati

seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina

Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di

Baitullah al-Haram.

UMUM 
12

Kembali ke atas