Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyi.hat.kan] | مڽيحتکن

Definisi : 1. menjadikan sihat: makan­an itu tidak sedap tetapi mesti dimakan utk ~ badan; 2. memulihkan (spt sediakala atau lebih baik): mereka didapati menghidap penyakit yg susah hendak disihatkan; cita­-citanya ialah hendak ~ masyarakat yg telah rosak moral itu; 3. mendatangkan kebaikan kpd tubuh badan, berkhasiat: makanan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyi.hat.kan] | مڽيحتکن

Definisi : menjadikan sihat: Utk ~ badan, kita perlu selalu ber­senam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bersenam dapat menyihatkan badan. Jika saya ingin membina soalan dengan berdasarkan ayat tersebut,jawapan saya yang mana betul ? Apakah kebaikan bersenam ? atau Bagaimanakah dapat menihatkan badan ? Bolehkah pihak tuan membuat penerangan.

Soalan yang pertama yang saudara bina lebih tepat iaitu: Apakah kebaikan bersenam? Soalan kedua tidak dapat menjawab jawapan yang diberikan secara langsung.

Lain-lain21.04.2009
Kebaikan makan buah-buahan (ialah/adalah) dapat menyihatkan badan kita.Ayt yang betul:

Kebaikan makan buah-buahan dapat menyihatkan badan kita.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa25.09.2018
Salam sejahtera, mohon berkongsi dengan kami tentang padanan "Superfood" dalam bahasa Melayu. "Superfood" yang membawa makna makanan yang teramat menyihatkan badan. Terima kasih.Tiada padanan  khusus perkataan  "Superfood" dalam bahasa Melayu. Cadangan perkataan yang sesuai  ialah "Makanan Berkhasiat" bagi menerangkan maksud makanan yang boleh menyihatkan badan.Lain-lain13.11.2017
Macam mana nak bezakan kata kerja yang jadi subjek dalam ayat penyata "Bersenam menyihatkan badan."?

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Oleh itu, subjek (kata kerja) dalam ayat contoh yang diberikan ialah bersenam, manakala predikatnya ialah menyihatkan badan. 

Tatabahasa31.05.2010
Adakah perenggan di bawah betul? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menyihatkan badan mereka. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan.

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah dapat menyihatkan badan mereka yang menyertainya. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
Salam sejahtera, saya ada 2 soalan tentang kata pemeri. Harap pihak Tuan dapat membantu. Adakah kedua-dua ayat ini gramatis? Ayat 1: Dua perkara yang dilakukan Cikgu Hassan adalah mengajar Matematik dan melatih pemain bola. Ayat 2: Salah satu cara menyihatkan badan ialah berlari-lari anak. Bagi frasa kerja yang berfungsi sebagai frasa nama, bolehkah ia menerima kata pemeri 'ialah'? Terima kasih.1.  Ayat pertama tidak gramatis dan perlu diolah semula. Penggunaan kata pemeri tidak sesuai dalam ayat.

2. Ayat yang betul ialah Salah satu cara menyihatkan badan adalah dengan berlari-lari anak.
Tatabahasa11.05.2017
Faedah-Faedah bersukan dalam kalangan murid IALAH DAPAT....... atau Faedah-faedah bersukan dalam kalangan murid ADALAH DAPAT...... yang mana betul?Faedah bersukan dalam kalangan murid dapat menyihatkan tubuh badan. Kata pemeri ialah/adalah tidak perlu hadir dalam ayat ini.Tatabahasa17.05.2021
Saya ingin mendapat bantuan tuan/ puan untuk menyemak ayat-ayat berikut sama ada betul dari segi tatabahasa / struktur ayat : 1. Amin sedang bermain bola di padang dengan kawan-kawannya. 2. Saya berenang pada hujung minggu. 3. Mereka sedang bermain bola supaya dapat menyihatkan badan.Ayat 1 dan 2 betul, dan ayat 3 salah, yang betul ialah: Mereka bermain bola untuk menyihatkan badan.Tatabahasa26.11.2008
Selamat petang, apakah perbezaan antara sukan dengan sukaneka?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud  segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dll).

Manakala sukaneka pula bermaksud sukan yang pelbagai jenis.
Makna25.05.2017
Saya pergi untuk berjoging. Saya pergi berjoging. Sama maksud ke?Kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dalam konteks tujuan dan perbuatannya, iaitu pergi berlari dengan langkah yang tidak kencang atau pantas, lazimnya untuk menyihatkan badan (Kamus Dewan Edisi Keempat)





Makna26.06.2023
12

Kembali ke atas